aku mengeteh. kedai mamak memang ramai orang. masing-masing berbisik. pist-pust, pist-pust, pist-pust berulang-ulang kali. aku rasa bingit. apa yang dibisik-bisik? aku naikkan kapasiti pendengaran ke tahap 2. ada butir-butirnya; 901, 901, 901 berulang-ulang kali. mereka begitu berghairah.
apa 901? apa 901?
adakah mungkin 901 ini ialah nombor kod untuk tequila, atau juga nombor diguna untuk perkhidmatan bas di melbourne airport, atau nombor kawasan untuk tennesse, amerika syarikat, atau nama restoran yang menawarkan masakan-masakan perlambangan amerika, atau nama seluar denim Levi?
apa 901? apa 901? kapasiti pendengaran dinaikkan ke tahap 3.
oooo! oooo!
anwar abraham punya cerita rupanya! 901 adalah tarikhnya pada hari ini! oooo! oooo! kisah dakwa-dakwi ala-ala kaum Lut tu. aku angguk-angguk.