derita
sejak pulang aku rasa derita. itu satu tajuk.
apakah derita harus ditempuhi? itu tajuk yang macam feeling aje.
macam itulah bunyi-bunyinya. dasarnya derita. memang sejak balik ke sini aku makin derita.
udara yang padat dengan partikel aku sedut dalam-dalam. kadang-kadang aku berfikir lebih baik hisap madat. kurang-kurangnya boleh rasa khayalnya. jerebu sana sini.
penyakit nyamuk-borne (betul ejaan neh?) chikukunya dan denggi tak habis-habis. nak aje aku boh penampar setiap sorang penguatkuasa kesihatan neh! lembab! aku dulu belajar nak kontrol benda neh! tapi apakah idea napolean aku boleh diterima?
penyakit babi-borne! dah boleh pulak mutasi, memang hebat virus nih, macam hikayat hang tuah bila tuah berlawan dengan taming sari. bleh berubah bentuk dengan pantas. ini memang tak boleh memuaskan hati aku. sebabnya ialah dulu masa bird-flu semua ayam kena bunuh. bila babi-flu aje, sekor pun tak tumbang. mungkin sebab psikologi, bila namanya ditukar ke HINI atas dasar nak selaras nama dengan internasional konon. kui kui….
makanan di kantin. macam mahu aje aku ludah. kualiti tahap kampung. macam 15 tahun dulu. kalau minta DBKL periksa, nak dapat kelas C pun susah. baik aku tak makan tengahari. ini menambah derita. itu belum masuk berapa banyak garam masuk, berapa banyak MSG yang masuk, itu belum kita air yang manis amat bak wajah perempuan baru lepas keluar jamban.
tengok! punyalah banyak komplen aku. itu belum masuk isu pencuri, pemandu bodoh, bas yang tak mesra langsung. cikgu sekolah yang mengular dan bagi anak aku sekudai (homework) punyalah banyak, last-last aku dan bini jadi cikgu. apa barang cikgu-cikgu neh?
lama-lama boleh mati beragan macam neh! atau aku perlu beradaptasi dengan mereka dan kembali hidup jadi babirian seperti mereka?


