~~KiPaS NaNdOnG~~

bukan kipas menghapus kepanasan

sotong

hari ini merupakan pengisytiharan hari sotong-sotong sedunia.  maka.  berduyunlah mereka meranduk air masin itu sehingga separuh peha.  ghairah benar mereka.  ghairah tidak terucap. ghairah tidak terhingga.   tercandat-candatlah.  diangkat sepikul sepikul.  atas beban nelayan baru dan lama.  sotong…..

di darat, mereka dari kelompok manusia yang sedang bersotong.  bersotong luar.  bersotong dalam.  rangum merangum. henyak menghenyak.  bagai layak memenggal kepala.   bersotong-sotong.  kacip mengacip.  potong memotong.  keras dayanya.  cepat perbuatannya.  cekap sipemakainya.  sotong…..

di lorong-lorong. masih seperti dahulu.  sotong-sotong diperlambang oleh manusia. menjadi darai-darai murahan.  untuk menjadi santapan cinta songsang.  sotong….

di ampaian.  seluar kecik penutup anu dilambang sebagai sotong.  sotong kering.  kerana keras kejung.  sukar mahu dilipat-lipat.  bila dipakai tidak lagi sipanggil sotong kering.  sotong….

di morib. pantai yang mendatar. pasir yang tidak gebu-gebu.  lumpur-lumpur keras menjadi asas pinggir air.  ada mempunyai deretan gerai menjual sotong.  sotong bakar. dibakar hingga kering dan hampir rangup.  dibubu dengan sambal istimewa.  digulung-gulung dan dilipat-lipat.  dan masuklah ke dalam mulut.  rasanya, kau sendiri yang akan tahu.  sotong….

5 Jun 2009 - DIkirim oleh Gelembai | lipur lara | | No Comments Yet

Tiada komen.

Tinggalkan komen