perempuan yang jadi bos
perempuan kalau jadi bos, bukan saja balaci jantan marah tetapi juga yang wanitanya.
perempuan kalau jadi bos boleh ponin palo dan mual-mual anak tekak macam perempuan termengandung tiga bulan.
perempuan kalau jadi bos, dia kurang senang kalau tengok mike semue balik awal dari dia.
perempuan kalau jadi bos, dia kurang senang kalau balaci perempuannya lebih ranggi, lebih bergaya darinya.
perempuan kalau jadi bos, dia tak puas hati kalau bakat kau lebih darinya.
perempuan kalau jadi bos, dia tak puas hati kalau kau nampak macam rilek masa buat kerja.
perempuan kalau jadi bos, dia suka langgar semua norma kerja. semua jadi macam rojak mee.
perempuan kalau jadi bos, sampai lubang dubur kau pun dia nak kelebek sebab semua benda yang remeh temeh pun kena rujuk kat dia.
perempuan kalau jadi bos, orang sakit nak mampus pun dia suruh kerja, pulak tu tambah lagi kerja lain, double up…
perempuan kalau jadi bos, akan mencaci kau kalau tray masuk lebih tinggi dari tray keluar. apa punya remeh daa…
perempuan kalau jadi bos…. mmmm…… apa ye….. mmmm… tunggu kawan aku call la…. sebab ini komplen dari dia sebenarnya….
sotong
hari ini merupakan pengisytiharan hari sotong-sotong sedunia. maka. berduyunlah mereka meranduk air masin itu sehingga separuh peha. ghairah benar mereka. ghairah tidak terucap. ghairah tidak terhingga. tercandat-candatlah. diangkat sepikul sepikul. atas beban nelayan baru dan lama. sotong…..
di darat, mereka dari kelompok manusia yang sedang bersotong. bersotong luar. bersotong dalam. rangum merangum. henyak menghenyak. bagai layak memenggal kepala. bersotong-sotong. kacip mengacip. potong memotong. keras dayanya. cepat perbuatannya. cekap sipemakainya. sotong…..
di lorong-lorong. masih seperti dahulu. sotong-sotong diperlambang oleh manusia. menjadi darai-darai murahan. untuk menjadi santapan cinta songsang. sotong….
di ampaian. seluar kecik penutup anu dilambang sebagai sotong. sotong kering. kerana keras kejung. sukar mahu dilipat-lipat. bila dipakai tidak lagi sipanggil sotong kering. sotong….
di morib. pantai yang mendatar. pasir yang tidak gebu-gebu. lumpur-lumpur keras menjadi asas pinggir air. ada mempunyai deretan gerai menjual sotong. sotong bakar. dibakar hingga kering dan hampir rangup. dibubu dengan sambal istimewa. digulung-gulung dan dilipat-lipat. dan masuklah ke dalam mulut. rasanya, kau sendiri yang akan tahu. sotong….


