cium berahi
mira perempuan yang dulunya sundal. dulunya sial. langganan lelaki kaya wang. walaupun hanya di hujung minggu.
bermodal kulit melepak, gebu dengan losyen mewah. bibir mengelembung seksi. bulu mata melentik dibuat-buat. rambut berbelak perang. alur dada yang dalam ditunjuk-tunjuk. buah susu dihayut-hayut. kulit lengan bagai sutera, halus mulus. tubuh disembur dengan haruman berahi. semua kerana cinta lelaki.
tiba-tiba pada satu hari. jeritan tutup pun berkumandang. tutuplah kata Allah. seminggu setelah itu dan kini dia mencium hajar aswad di baitullah dengan berahi.
kerana cinta Allah yang ditemuinya, hakiki.


