~~KiPaS NaNdOnG~~

bukan kipas menghapus kepanasan

pengalaman dengan penjual melayu

malam.  ada pasar malam.  bandar baru bangi sekyen 16.  pasar malam sejak dulu lagi. aktif  tahap maksima.

dan ada gerai jual-jual daging lembu.  ada empat semuanya. tapi aku ke gerai yang satu ini, daging jualannya nampak segar.gerai ini sebelahnya penjual telur ayam. gerainya kecil dan lampunya pun malap-malap. suram. oh! mungkin strategi jualan.

aku: “nak ini, saya nak yang ini”.  aku tuding pada bahagian topside

penjual:  “berapa bang?”

aku: ” dua kilo”

penjual timbang dan aku pegang.

penjual: “bang! jangan cium-cium bang!”

aku: “kenapa?”

penjual: “nampak sangat abang tak pandai pasal daging, nampak bodoh bang! saya dah 20 tahun jual daging bang!”

aku tersentak, terkejut pun sama.  nak balas jawab rasa tak patut.  benda remeh temeh boleh jadi besar.  tuhan maha adil,  patutlah melayu hanya tahap pasar malam, sebab sombong, riak dan bongkak!

aku rasa kesayuan kerana bendera nippon tetiba berkibar di kotak minda. alahai, melayu!

24 Februari 2009 DIkirim oleh Gelembai | melayu | | 5 komen