~~KiPaS NaNdOnG~~

bukan kipas menghapus kepanasan

kenapa kapir malaysia susah nak jadi muslim?

ALOR STAR: Akibat tertekan dengan cemuhan segelintir masyarakat Islam
kerana memiliki tatu, seorang mualaf mengelar lengan kanannya untuk
menghilangkan tatu warisan keluarganya itu lebih lima kali dengan
menggunakan pisau cukur, semalam.  Perbuatan Anas Phoon Abdulllah, 30, mengelar lengannya nyaris membawa maut apabila dia kehilangan banyak darah.  Difahamkan, tatu terbabit dimilikinya lebih 10 tahun lalu sebelum dia memeluk Islam.  Apa yang menyedihkan Anas, kehadirannya untuk menghayati ajaran Islam
bukan saja kurang disenangi segelintir masyarakat, malah turut disisih
keluarganya sendiri.

-petikan harian metro 30 Jan 2009-

30 Januari 2009 DIkirim oleh Gelembai | lipur lara | | No Comments Yet

i-breast

di i-breast. satu pesta islamik kononnya. noktah

dikir berdikir bukan zikir. alun mengalun oleh siti fairus dengan lagu cintannya.  noktah

pesta jadi tempat jualan bukan tempat mencari ruang meluaskan cabang perniagaan. noktah

aku singgah sebab perut dah lapar. noktah

29 Januari 2009 DIkirim oleh Gelembai | lipur lara | | No Comments Yet

i-fest

aku berjalan-jalan di midvalley. ada festival islam. tapi ramai sungguh. ramai.

perempuan dan lelaki.   seperti pasar gesel.  seperti pasar malam.  boleh gesel-gesel apa yang patut.  campur-campur.   tapi namanya festival islam.

aku konpius. aku lebih suka sebut i-breast! hahaha! memang mengujakan sesiapa pun.

-25 jan 2009-

28 Januari 2009 DIkirim oleh Gelembai | lipur lara | | No Comments Yet

kugan

kugan sudah pun mendiang

sayang, dia menjadi maling waktu tertangkap

jadi mahu bagaimana dia tidak dikatakan maling?

jadi mahu bagaimana kereta si mewah yang dikopak dan dirompak? perbuatan siapa?

jadi MIC mahu membela siapa? maling atau yang dirompak atau penangkap maling?

dsc_00331

MIC silalah lihat isu berasing-asing! rasionallah! jangan jadi hindraf!

Aku lebih nampak suspek penjenayah dah jadi hero dan akan terus jadi roll-model.  padiyappa!!!!

27 Januari 2009 DIkirim oleh Gelembai | lipur lara | | No Comments Yet

fasiliti

putrajaya. presint 1. kompleks E.

ingat senah!

aku datang jumpa senah.  sebab senah dah berjaya interview bulan lalu.  senah jadi kerani di situ. aku cuma pelawat tegar.

senang parking? senah

aku ingatkan senang! aku.

kekeke… senah mengekek.

sini! macam kau pergi pasar malam la. senah.

aku cuma muncung mulut.

sesak! hiruk pikuk bunyi kereta pagi-pagi.  parking macam kambing betina sakit nak beranak. bersesak kiri dan kanan jalan kau tau?  senah.

aku muncung lagi.

kalau naik bas, boleh lencun ketiak kau nak sampai ujung sana. senah menunjuk arah kiri.

aku geleng.

kalau nak naik LRT! tu tandanya sedang bermimpi.  kembang kempis hidung senah.

aku nampak hidung senah macam ahli sihir.  berair-air.

jadi, apa kenderaan kau?

tu! kapcai buruk aku. dari kampung dulu! senah.

oooo. aku biar senah terus mengomel.  aku lihat senah hampir tak pernah berubah. ya lah baru sebulan kan!

22 Januari 2009 DIkirim oleh Gelembai | lipur lara | | 2 komen

tempah

che! che! tempahan name card dah siap?

erk! nanti saya cari! kakak jual kad.

patutnya semalam saya datang! ada?

kejap! kejap! kakak jual kad.

10 minit dah ni che! ada?

bila tempah? kakak jual kad.

ahad! janji siap selasa.

ooo… sori dik belum buat laaaa.  kakak jual kad.

ooo… tak pe la che.  saya pi tempah kat israel lah macam ni.   tentu semalam boleh siap…

-kajang-

hari rabu darul geram

21 Januari 2009 DIkirim oleh Gelembai | lipur lara | | No Comments Yet

Gaza

aku pun terbang. melayang bagai burung ababil. di awan tinggi. kemudian mencunam berani. merempuh kereta-kereta yang kebal. merobek perut-perut hijau. beratus-ratus.
nah! aku cuma berangan-angan sebab aku kan pengecut seperti anda juga.

17 Januari 2009 DIkirim oleh Gelembai | 1 | | No Comments Yet

boikot USA dan Israel II

nak boikot lama-lama boleh tahan ke? pak tam anak umar janggut

kamu tak teringin ke Ke Ef Si , Fiza-hat, Mekdonal? kan dah jadi darah daging? boleh jadi gila khindir weh! long deraman anak jusoh

*pling* sambil genyeng mata dan perut pun berkeriot. aku.

17 Januari 2009 DIkirim oleh Gelembai | lipur lara | | No Comments Yet

boikot USA & Israel

usaha boikot oleh aku, dah lama dah….cuma aku jadikan 100% selepas kempen anak melayu. mana anak-anak lain? kowang tak setuju ye? mmmm…. agama patutnya bukan isu tapi dasar keganasan harus ditentang. anak-anak lain mengapa diam? atau kowang semua dah jadi agen negara negara penuh ‘tamadun’

17 Januari 2009 DIkirim oleh Gelembai | lipur lara | | No Comments Yet

PAS, UMNO & Kterengganu

bila dengar PAS menang dengan lebihan 2,631 undi. aku rasa UMNO dah ketandusan calon. takde pasukan pelapis yang bagus. senang kata UMNO tak pandai merancang. jadi sekarang perancangan memimpin daulah yang lebih besar? bang! usah isap curut banyak sangat, usah tepuk ponggong perempuan, tinggal-tinggalkanlah atau esok lusa kau akan ditinggalkan pulak. sapa akan peduli.

17 Januari 2009 DIkirim oleh Gelembai | lipur lara | | No Comments Yet