menyesal harga tak turun ka?
senah macam dulu lagi tapi kakinya yang dulu dah pulih. tak busung lagi. tak busuk lagi. tak bernanah lagi. senah tetap macam dulu slow and selamba. hari ni senah bising-bising kat aku. menyesal.
sejak harga minyak naik. harga kuih jualannya pun naik. bila harga minyak turun. harganya tetap kekal sama seperti dulu. 3 singgit. mana boleh turun. “harga barang mentah tak turun la bang” kata senah.
senah mengomel-ngomel seperti orang gila. kerana kalau ikut hatinya kuih-muih itu mahu dijual sepuluh sen sekeping. senah genggam penumbuknya bagai mahu jadi gila. senah tak puas hati sebab harga kuihnya tak boleh langsung diturunkan. aku kata “sabar”.
senah mula mencarut-carut, menyebut-nyebut nama taukeh chong yang jual ubi, taukeh lee yang jual bawang, taukeh soo yang tepung. senah hamput-hamput kerana geram yang amat. berombak-ombak dada senah. menahan marah. terjuih-juih mulut senah. senah nampak tercungap-cungap. lah! senah dah mula semput.
esok! tak ada sapa nak jaja kuih macam senah.
melaka, shah rukh khan & one two ka four
mat topeng merah pening. pening selepas menonton one two ka four. peningnya bukan buat-buat. dah tiga hari. pening. sebab tak jumpa perkataan melaka dalam filem tu. atau mat topeng merah yang juling? atau tak tau mengeja? hanya mat topeng merah saja yang tau. sampai petang ini pun mat topeng merah masih mengomel pening kepala bukan sakit kepala


