si bodo n sampel DNA
pakar dna, yang mana suka mencungkil isi kematu dari daging, kulit dan bulu dari sisa dinasor. yang usianya beribu-ribu. mengasingkan partikel-partikel sahih. memecahkan sel-sel yang sensitif dengan berhati-hati biar isinya terkeluar. diasingkan pula rantaian kromosom dari partikel polikarbohidrat mahupun lipolipid. kemudian krosomom dipotong, diracik halus dengan pengetahuan enzimologi tahap dewata yang perkasa. pastinya partikel ini amat halus dan tak nampak dek mata. kerana pakarnya mereka, dna akan terpropagasi dan kemudian dijujukkan supaya dna ini mudah diprofil. data bank dibina dari maklumat sampel dna. dan, sampel dna boleh dibuang dalam tong sampah. nah, mudah. usah susah-susah kerana data ini boleh diguna selama mana ia tersimpan dengan baik. dan, selagi mana dunia belum kiamat.
manakala, badigol-badigol yang bodo, yang percaya armagaddon berlaku hari-hari. kalau boleh, sampel dna mahu dikutip setiap hari. mahu diulangkaji hari-hari. kononnya dna sudah tidak segar dan mudah jadi busuk. maka itu, lubang telinga mahu dikorek juga. begitu juga lubang hidung. dan lubang-lubang lain yang jelas nampak dek mata.
badigol-badigol semua, kau mintalah nasihat pakar. pakar yang kau ada sekarang ini elok kau pecat sebab bodoh yang amat. jangan nak auta seluruh antero kerana kami semua rajin baca buku eh! klik ajer pak google eh! che berry kan ada!



hahaha itu la pasal. bebal yg amat!!
Salam Gelembai. Apa khabar? Dah lama saya tak datang ke sini. Saya datang untuk bertanya khabar dan mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia