aku, cerut, menteri & gadis
aku, seorang bekas pelajar sedang cuba belajar-belajar menghisap cerut.
dia seorang bekas orang besar, tidak belajar-belajar tetapi sememangnya sudah pakar menghisap cerut.
dia juga seorang yang sudah dikenali, suka meraba-raba, raba-raba! punggung! tempat keluar najis milik seorang gadis.
aku! bila dah mahir hisap cerut barangkali berpotensi jadi seorang peraba. raba-raba! punggung, tempat keluar najis seorang gadis. eeeeee ooooo aaaaaa tidakkkkkkk nanti tangan aku bau bbbuuusssuuukkkkkk!!!!!
ghairah shilpa lee vs ghairah dayang
shil hanya mahu wang, mak! shil banyak hutang! siapa nak bayar hutang shil mak? SIAPA? shil nak belajar lagi tapi shil ada hutang kiri kanan, berkapok-kapok, mak. Mak boleh tolong? tapi mak tak akan mampu! jadi siapa nak tanggung semua ini mak? kita fakir mak! shil hanya mahu keluar dari kepompong fakir mak! fahamilah keinginan shil ini mak! restukanlah shil. shil cuma mahu hidup seperti gadis lain. ada bag berjenama, ada seluar ranggi, kosmetik lagi! mak! shil cuma gadis akhir zaman, jadi shil kenalah ikut peredaran zaman. shil tak mahu hidup susah lagi. shil tak mahu berlapar lagi. shil cuma mahu bilik shil panas ketika musim sejuk. itu saja mak. nanti-nanti shil tobatlah mak, kalau sempatlah, ye mak!
abang, di waktu ini dai minta maaf bang. minta maaf banyak-banyak. dai tak sangka sungguh dai ada di sini. terkurung bang. dai menyesal. menyesal sungguh. anak kita sihat bang? sihat? tolong jaga mereka bang! itu zuriat kita. cuma! abang doakanlah dai selamat. abang! dai menyesal bang! menyesal! tapi nak buat macam mana abang. harga beras makin naik. harga minyak. harga tepung. kalau dai tak cuba nasib, mana nak nampak hasil bang. dai terpaksa. demi anak kita, demi masa depan kita bang. takkan kita nak makan 2 kali sehari bang nanti kesian budak-budak tu. kesian bang, kesian. dai harap dapat duit banyak tapi ini pula jadinya. dai harap duit kita berkepok-kepok satu hari nanti supaya anak-anak kita tak kelaparan lagi bang. teringin nak tengok budak-budak tu makan makdunorudok macam orang lain bang. kesian bang, kesian, selama ini pun budak-budak cuma telan air liur saja. kesian bang. bang, dai buat ini semua untuk kita semua bang. doakan dai selamat kembali bang. dai rindukan abang dan anak-anak. salam rindu untuk semua.
shilpa lee yang ghairah!
shil…shil..
shil pun berdengus-dengus
shil..shil…kembali nak!
suara shil makin kuat menderam
kembali nak!
shil tak ambil pusing. shil dalam termengah-mengah sempat berkata, shil bahagia mak! biarkan shil..biarkan shil
kembali nak! kau akan lapok nak! kembali!
shil tak peduli, shil terus berlari. seperti pelariannya yang dulu-dulu.


