Cerita Bapak Ayam Yang Masyhur Itu.
hari ini bapak ayam marah-marah. marah-marahlah. marah-marah.
bukan kerana tak cukup makan. sedangkan diwaktu makan jagungnya berlimpah-ruap.
bukan kerana rebannya buruk. sedangkan dinding pintunya bertahta mutiara hitam.
bukan kerana bulunya kusut-kusut. sedangkan sisirnya sudah disiapkan sang bini.
bukan. bukan. bukan juga yang itu. cuma,
anak-anaknya tak mahu berkepak-kepak macam dia lagi. anaknya tak mahu paling dan berteleng-teleng kepadanya. anak-anaknya tak mahu setalam dengannya lagi. nyata! anak-anaknya sudah berubah…
anak-anaknya cuma mahu lihat bapak mereka jangan berdabik lagi
anak-anaknya cuma mahu lihat bapak mereka jangan berkokok tak tentu arah, tak mengira tempat.
anak-anaknya cuma mahu lihat bapak mereka jangan asik mengira butir-butir hitam dari laut ostolk lagi.
anak-anaknya cuma mahu lihat bapak mereka mengurangkan jumlah bini-bininya.
anak-anaknya hanya mahu perubahan bukan cakap-cakap saja.
Bapak ayam kau berubahlah demi masa depan anak-anak kau, bukan menyalahkan mereka seperti mana lazim yang kau lakukan. Insaflah kerana kerana Tuhan itu Maha Melihat.


