~~KiPaS NaNdOnG~~

bukan kipas menghapus kepanasan

PRU, pilihanraya umum III

Damai. damai katanya. damai kalau undi. undi kami. damai ulang makcik berkaca mata bundar itu.

lantas menyampuklah seorang orang muda yang sudah mula beruban, damai! damai apa makcik! lepas ini harga bahan bakar mahu naik. mana lagi ada damainya. bila harga bahan bakar naik, harga barang lain pun naik, ini teori domino makcik. Lalu, orang macam saya akan jadi abu hassan sipencuri atau botakchin siperompak, sebab duit tak cukup nak sumbat tekak anak bini. mana ada damai makcik. berulang-ulang jerit siorang muda itu.

sang makcik pun berlalu pergi. kelu.

7 Mac 2008 DIkirim oleh Gelembai | lipur lara | | No Comments Yet