~~KiPaS NaNdOnG~~

bukan kipas menghapus kepanasan

esok exam

aku bagai jadi kanak sekolah yang rendah. esok. kerana mereka mahu menyoal-nyoal dengan media kertas. esok, aku akan bercakap dengan kertas. para interviewernya kertas. aneh sungguh. kertas mahu bercakap dan menyoal. aku pula akan menjawab. tangan aku yang mahu menjawab. tentang soal-soalan di dunia. soal-soalan yang ada kaitnya dengan globalisasi, integriti dan segala maknika dan cucu cicitnya.

di akhirat nanti pun mahu menjawab-jawab juga. tapi soalannya berkaitan dengan boleh tak melepasi pintu syurga. aku fikir itu soalan lagi penting. soal-soalan esok hanya mahu dipertaruhankan dengan kenaikan takah gaji. berapa sangat yang naiknya nanti? tapi aku rasa juga penting, kerana esok tulat harga bahan bakar mau naik lagi. mampukah aku memonteng exam esok? dari cerobong hati, aku telah melihat kepala dajal semakin besar!!!

24 Februari 2008 DIkirim oleh Gelembai | opis | | No Comments Yet

cuti dan lena panjang

hari cuti pun bermula. agak panjang dan memang panjang, sbb, bos aku cuti panjang. bos cuti, anak buah cuti dan aku pun cuti.  tapi sewaktu begini, aku masih mahu menjejak kaki di bilik opis, dalam suasana yang panas.  pendingin hawa haram mahu dipasang, semua sedang bercuti.  tapi aku masih di sini, mengetuk-ngetuk papan keyboard dan bercakap sendiri depan skrin desktop, menyiapkan laporan. dan di waktu menulis ini idea sedang kontang.

7 Februari 2008 DIkirim oleh Gelembai | opis | | No Comments Yet