~~KiPaS NaNdOnG~~

bukan kipas menghapus kepanasan

kami tinggalkan satu daerah

pak din menelefon. mahu ke mari. mahu bertemu dengan aku. mahu berkata sesuatu. sudah uzur rupanya pak din. 3 tahun yang lalu tak seperti hari ini. dia benar-benar uzur. aku jadi sebak. melihat seorang mentor yang akhirnya menjadi pasrah pada takdir Zat yang Agung. kami bertemu tapi bukan pada hari ini. aku mahu ke pejabat pada hari-hari minggu sebegini. tapi 2 bulan yang lalu mengiakan penglihatan ini. pendengar ini masih terngiang-ngiang percakapannya. aku dan dia memiliki ketentuan yang sama. Zon perang yang satu ketika dahulu, sewaktu dia menatihkan aku, kami tinggalkan. Hawa kami tidak mampu lagi bersatu dengan hawa yang lalu. Kami pemiliki hawa sejuk. Hawa lalu kami telah tinggalkan kepada pengamal paranormal yang mengaku handal. Darah kami hampir suci. Kami mohon pertimbanganNya untuk menghabiskan sisa yang tinggal.

2 bulan yang lalu, pak din mengeluarkan 3 bilah pedang samurainya untuk menyambut aku. kami berdakap kerana kami rindu. mentor dan mentee, terlalu banyak perkara mahu dibuka cerita. Bilah-bilah senjata yang kami jadikan hobi turut menjadi topik pada hari yang lalu. bilah mata 2 komando dari negara seberang dan bilah mata 2 komando dari negara penjahanam kami buat perbandingan, kami bercerita tentang kesempurnaan. hahaha kami tertawa, minat kami rupanya masih seperti dahulu. pak din. pak din. jasamu ku kenang sampai mati.

22 Januari 2008 DIkirim oleh Gelembai | enche yoi dan che belian | | No Comments Yet

pertemuan

bersalam dan berjabat tangan membuatkan aku jadi gembira. pak nal, sarjan dan sdr idris selamat bertemu. kalian semua tidak banyak berubah. cuma pak nal yang makin kuat sakit-sakit kakinya. malam ini kita jadi perwira sebentar. perwira-perwira yang semakin tua. kederat pun makin hilang. mari. mari kita melangkah lagi, sambil kita bertingkah dalam santun.

21 Januari 2008 DIkirim oleh Gelembai | enche yoi dan che belian | | No Comments Yet

bukan aku tak mahu

bukan tak mau beli kat melayu. bukan. tapi bila masuk kedai, mereka asyik menekan punat hanpon seperti mereka menekan punat-punat di badan mereka…..tanpa hirau kita tercegat menunggu.

20 Januari 2008 DIkirim oleh Gelembai | lipur lara | | 1 Komen

K-eight

mula-mula aku ingat adegan dalam pesawat terbang.  ternyatanya salah. kelompok manusia yang terhimpun dalam satu peristiwa rupanya.  30 minit tidak tersisa.  kerana aku terlalu masyuk.  hiburan ringan setelah lelah tak berbaki. dan aku mula nampak kate yang berterbangan.

10 Januari 2008 DIkirim oleh Gelembai | buku | | 1 Komen

jangan kata indon

khairy kata jangan panggil indon. khairy kata jangan panggil mat indon. khairy kata jangan panggil minah indon. khairy kata jangan panggil budak indon. jangan. jangan katanya.

sensitif. nanti mereka meraung. nanti mereka menangis teresak-esak. nanti mereka akan berguling-guling. nanti mereka akan jatuh lebih miskin. nanti mogok di sana sini. nanti mereka akan pecah-pecahkan itu dan ini. mereka akan papa kedana dengan panggilan indon. jangan.

jangan. jangan. mereka terasa hina. tapi kita tidak menghina. hanya mereka yang terasa yang amat sangat. perasan sendiri.

habis mahu dipanggil apa pak? mahu di panggil mat london, kurang sesuai!

di sini kami suka panggil yang ringkas-ringkas, lebih praktikal, hanya 2 suku kata boleh membayangkan semua. kami berimiginasi tinggi. sebab kami bangsa baru. perkataan melayu kami sudah tukar ke malay saja, perkataan cina pun, perkataan india juga, semua 2 suku kata.

cadangan kamu itu terlalu panjang pak khairy, aku suka nama baru, juga 2 suku kata yang boleh dipanggil DONES!!! ya orang dones.

semoga mereka akan jadi bangsa yang kaya raya!

9 Januari 2008 DIkirim oleh Gelembai | lipur lara | | No Comments Yet

minyak! yang makin mahal.

memang susah benar kalau tak berminyak.  tanpa minyak tiadalah pelinciran. tanpa minyak tiadalah pergerakan. tanpa minyak tiadalah hidangan. memang manusia bergantung dengan minyak untuk membuat apa pun. minyak. minyak. minyak. minyak memang menguasai hidup manusia. boleh tak manusia membebaskan dirinya dari minyak? mungkin tidak tapi ada cara untuk mengurangkannya kan?

pertama. kalau guna minyak dari sumber petrolium. pakailah motosikal. tak pun kenderaan awam. tak pun kongsi-kongsi. jimatkan. duit pun selamat. tapi! ada orang kata tak praktikal, tak selesalah. biarlah, itu kata mereka. lama-lama nanti dia ikut kata kita.

kedua. kalau guna minyak untuk menghidang-hidang, menjamu selera yang besar tu. boleh tak minyak kurang diguna? aku kata boleh. sebab aku dah cuba. goreng sikit-sikit sudahlah. banyakkan merebus dan memanggang. tak pun goreng guna minyak yang betul-betul sikit.  badan pun sihat. kocek pun tak mudah nak kering.  tak susah, otak kita aja yang kata susah. kalau nak berubah, boleh! dari jiwa kita sendiri.  manusia perlu berubah, jika tidak! kita akan jadi ‘dainasor’, PUPUS!!

9 Januari 2008 DIkirim oleh Gelembai | lipur lara | | 1 Komen

gadis penjual bunga yang tidak berniat lucah

lalilu, lalilu, lalilu.  gadis penjual bunga yang ada getah-getah di pinggangnya. lantas terlihat pak pembesar. lalu tertitis air liur. dan mempelawa adegan-adegan.

lalilu. lalilu. lalilu. gadis penjual bunga yang ada getah-getah di tangannya. lantas dihidu-hidu pak pembesar. lalu adegan pun bertalu-talu.

lalilu. lalilu. lalilu. gadis penjual bunga yang ada getah-getah di kaki. lantas makin kuat pak pembesar. lalu juga ada penumpang bersama. menghidu dengan kamera kecil yang tidak bernafsu.

 lalilu. lalilu. lalilu. gadis menjual bunga yang ada getah-getahnya yang tersisa. dan getah-getah itulah pelingkup masa depan seorang orang yang besar-besar.

2 Januari 2008 DIkirim oleh Gelembai | lipur lara | | 1 Komen