~~KiPaS NaNdOnG~~

bukan kipas menghapus kepanasan

bagai pesta

hari itu di tempat miyanari, juga tempat miyamoto, juga tempat inoue amat riuh rendah. gelak ketawa yang menjadi-jadi. semua orang termasuk perempuan-perempuan yang berleher jinjang dan sentot terbahak-bahak. semua hepi. aku pun hepi.  hari itu, bagai satu temasya buat julung-julung kalinya.  kami bergurau dan usik mengusik tapi tidak bersentuhan.  miyanari merakamkan peristiwa melalui kamera kecilnya itu.  pak ya pun. pak nurwan pun. cahaya-cahaya berlimpahan dari kamera-kamera mereka itu.  hari itu babak peristiwa dirakam kerana aku dan pak ya akan berpergian.  mereka dan kami akan sama-sama merasa kehilangan.  hilang teman. hilang sahabat. hilang kawan. kerana itulah, rakaman-rakaman dilakukan dan gurau bergurauan dilaksana supaya bila kami kehilangan nanti, kami akan pasti kerinduan.  pastinya untuk bertemu kembali terlalu sukar tetapi bukanlah sesuatu yang mustahil.  terima kasih semua. terima kasih atas persahabatan ini.

agustus 2007

25 Oktober 2007 - DIkirim oleh Gelembai | sutera kimono dan bilah katana | | No Comments Yet

Tiada komen.

Tinggalkan komen