~~KiPaS NaNdOnG~~

bukan kipas menghapus kepanasan

sorong!

ayyub anak aku itu, pagi-pagi lagi meminta izin untuk mengelap lantai, dengan kain, bukan moop. aku pelik! aku izinkan dia. tanpa berlengah kain buruk diambilnya, dibasah dan diperah sudah pastinya. kemudian dia duduk bertinggung dengan kedua-dua tangan memegang kain buruk dan ditekap ke lantai, dan disorong ke depan. dengan sistematik dari satu baris ke satu baris secara selari. aku tanya dia, siapa yang ajar begini? katanya cikgu. oooo! sambil aku mengangkat kening. dalam hati aku terdetik, maju-maju negara ini pun mereka masih memegang prinsip silam!

10 Ogos 2007 - DIkirim oleh Gelembai | sutera kimono dan bilah katana | | No Comments Yet

Tiada komen.

Tinggalkan komen