~~KiPaS NaNdOnG~~

bukan kipas menghapus kepanasan

waris jari kelingking

tok tua aku umurnya panjang. saudaranya tujuh. semuanya dah lanjut-lanjut. kadang-kadang datang bisik-bisik rahsia kebayan. aku dengar dengan teliti. ini ilmu keluarga. aku kena warisi, kalau tidak siapa lagi.

tok tua aku umurnya panjang. datang dari istana tua, yang lama, yang tak nampak dek mata. datang dengan haruman bunga. datang dengan bunga berkarang.

tok tua aku umurnya panjang. panjang lagi dari tok aku. kedut kedut bak seribu tapi menapak sekuat tok gempa. kain bajunya tak pernah bertukar. tapi tampak sentiasa baru.

tok tua aku umurnya panjang. datang menyembah salam pemilik ilmu seru. berungkai kalimat dari purbakala. bergawang-gawang memberi ilmu. air liur bersalut sakti, langit-langit hitam terkandung isi.

tok tua aku umurnya panjang. pemilik ilmu lama-lama, yang dah dilupa dek zaman. bertahun-tahun datang bertamu akhirnya ku tinggalkan di dalam botol.

9 Ogos 2007 - DIkirim oleh Gelembai | x-files mengusik | | 6 komen

6 komen »

  1. inche’ kelembai ni belajar silatkah?

    Komen oleh lazuardiblue | 8 Ogos 2007 | Balas

  2. oh maaf..silap eja, bukan kelembai, gelembai..

    gelembai kata: ooooo itu.....jangan terpengaruh dengan cereka-cereka di sini :)

    Komen oleh lazuardiblue | 8 Ogos 2007 | Balas

  3. tok tua saya pun umurnya panjang. meninggal masa umur 99 tahun. rebah masa nak sembahyang subuh. arwah rajin jugak turunkan doa-doa (jampi serapah) simple untuk sakit perut atau tertelan tulang ikan misalnya. jampi serapah tu akhirnya hancur reput bersama kertas-kertas yang dimakan anai. sekarang kalau tertelan tulang ikan, kena tunggu sampai tulang ikan tu sendiri reput kat anak tekak. adehh

    gelembai tertawa kecil

    Komen oleh doff | 8 Ogos 2007 | Balas

  4. waaaaaaaaaaaarisssss hantuuuu kau niiiiii!!!!!!!!! takut aku!

    gelembai masih tertawa kecil

    Komen oleh sf | 9 Ogos 2007 | Balas

  5. “Sun aji kusi lembu sekilan dzatullah shifatullah si tumbak tuno si nuduk luputlah pungkasan aku ora katon”

    Antara serapah yang aku penah belaja. Jangan bermusuh ngan aku. Nanti aku sula cara ‘ghaib’. Waakakak!!!

    gelembai sambil tersengih berkata: ada iras-iras bahasa jawa

    Komen oleh Pembebel | 9 Ogos 2007 | Balas

  6. Aku pon tak tau apa aku belajar. Lama dah tinggal tapi kenapa aku masih ingat? Sungguh gerun rasanya takut tu serapah salah. Leh sape2 bagitau aku apa maknanya? Huhu..

    Komen oleh Pembebel | 10 Ogos 2007 | Balas


Tinggalkan komen