Miyamoto
Miyamoto seorang lelaki yang berusia sekitar 60an namun kotak-kotak berat itu mampu diangkatnya lagi. Lelaki ini suka bergurau tetapi dengan loghat sukar difahami. Kalau ada masalah boleh bertanya kepadanya, dia umpama kamus di situ, semuanya berada dalam kotak mindanya. semua dihafalnya. Walaupun amat rajin dia mempunyai kegemaran yang tidak boleh dipisahkan lagi, beer! setiap malam bergelas-gelas beer mampu dihabiskannya. Dengan beer, dia mendapat tenaga untuk bekerja. Dia ketagihan kerana tanpa beer tidak akan memungkinkannya menjadi rajin. Beer jadi sumber tenaga dan inspirasinya. Mungkin kerana itu, dia mampu bergurau dan berceloteh tanpa henti.


