~~KiPaS NaNdOnG~~

bukan kipas menghapus kepanasan

Hara

Hara-san lelaki tua yang baik. dia bukan sekadar boss tapi juga kawan yang baik. baiknya kerana dia akan memasak makanan sebelum kami pulang. acap sangat dia menyediakan miso sup untuk kami hirup. tapi hari ini, dia menyediakan pula apam jepun, dalamnya kacang merah, manis dan sedap. aku pun bertanyakan bahannya. ohhh boleh dimakan, tanpa sebarang bahan haram. hara-san memang lelaki tua yang baik. perempuan-perempuan tua itu pun senang dengannya. boleh dibuat bergurau. tapi perempuan-permpuan tua itu sedar walaupun dipanggilnya Hara-san itu dengan Hara-chan tapi dia masih boss di situ. perempuan-perempuan itu sayangkan Hara-san kerana kebaikannya dan menghormatinya sebagai boss. perempuan-perempuan tua itu masih tahu batas dan sempadan. Hara-san disanjung tanpa berbelah bagi.

31 Julai 2007 DIkirim oleh Gelembai | Atom-NewTsuruta | | 2 komen

Pantang orang bugis

Cerita diperolehi dari seorang tua yang suka mengamati perbuatan orang lain.

Kata orang Temasek ini; orang bugis kalau makan ikan goreng dalam pinggan, tidak akan membalik-balikkan ikan tersebut. Sekiranya sebelah sudah habis dicubit-makan, maka tulang yang ternampak akan dipatah dan dicabut keluar, kemudian barulah sebelah lagi dicubit-makan. Untuk membalikkan ikan itu tidak sekali-kali. Itu memang kepantangan orang-orang bugis yang suka belayar kerana mereka mengibaratkan ikan tersebut seperti perahu. jika diterbalikkan maka dikhuatiri sesuatu yang buruk akan berlaku ketika mereka berperahu. ini cerita orang dulu kala, kepercayaan lama-lama, sekarang mungkin tidak diamalkan lagi.

30 Julai 2007 DIkirim oleh Gelembai | enche yoi dan che belian | | 3 komen

Presiden kata

Kata presiden jimonjibaru: saya pernah dilahirkan sebagai seorang Islam!

Aku: eh! eh! ek! erk! sekarang?

Kawan-kawan: ping! ping! ping!

Aku: aku harap kau sempat bertaubat, mr presiden!

29 Julai 2007 DIkirim oleh Gelembai | Jumonjibaru | | No Comments Yet

hans vs erra

aku terkelui kerana isu ini. bukan kerana mereka ini artis yang popular. bukan juga aku ini peminat mereka. tetapi peperangan antara hak dan bathil. antara si jujur dan si p****u.

walaupun hans itu kafir tapi dia bukan munafik. dia telus. dia berani.

aku sokong hans. aku berdoa agar satu masa nanti dia memilih TUHAN benar dan hidup dijalan yang diredai.

http://www.hans-isaac.com/biography.html

28 Julai 2007 DIkirim oleh Gelembai | lipur lara | | No Comments Yet

Furimareketto

Furimareketo (フリーマレケト)sebenarnya bermaksud flea market, banyak dianjurkan di sini, di beppu ini, kalau pandailah mencari, sebab semua maklumatnya dalam tulisan kanji, katakana dan hiragana. Di furimareketto banyak barang-barang boleh dijumpai dan dibeli, barang second hand pun memang tujuan utama furimaretto ini diadakan penganjur. program re-use menjadi intipati program ini. kebanyakan penjual-jualnya pula adalah penduduk awam biasa yang menjual barang-barang mereka sendiri. barang-barang pun masih elok-elok lagi.

tapi aku suka sangat tengok program re-cyclenya. tawaran istimewa melalui pertukaran barang (Batter?). setiap orang yang membawa 15 keping kotak minuman 1 liter yang terpakai akan beroleh 2 rol tisu tandas percuma. siapa yang tak mahu? kumpul dan beroleh percuma! aku agak pasal itulah program mereka berjaya. sebab ada insentif dan initiatif pihak berkenaan.

27 Julai 2007 DIkirim oleh Gelembai | sutera kimono dan bilah katana | | No Comments Yet

Petua makan satey

sebut saja satey, orang akan kecur air liur. kenapa? dalam otak kita telah disetkan bahawa satey memang enak. tapi tak ramai tahu cara makan satey dengan betul. dan apa guna bawang dan timun yang tersedia? semua orang akan balun semua sekali serentak. yelah benda makan kenalah makan. betul? tapi apalah guna bawang dan timun itu?

memang adap memakan satey tidak diketahui umum, betul?okaylah, aku beri kau caranya. mula-mula kau bedallah itu satey. lepas tu kau kena bedal nasi impitnya atau ketupatnya. yelah nak kasi balance protein dan lemak yang dah kau makan tu.

bila kau dah kenyang, burrrr, sebutlah Syukur kepada Allah.

kemudian barulah kau makan pula bawang, dah habis bawang, baru kau makan timun. kalau kau perasan kuantiti bawang dan timun tak banyak kan? malah kuantiti bawang lebih kecil dari kuantiti timun kan? tapi jangan pula dua-dua bahan ini kau cicah kuah pulak. sebab? bawang itu bertujuan mencuci minyak, bau kuah dan bau sateynya . timun pula untuk meneutralkan rasa bawang. dapat? jadi enjoilah makan satey tu dengan cara yang betul. bukan main hentak keromo macam aku dulu-dulu.

ooopppsss jangan lupa sebut sekali lagi Syukur kepada Allah.

26 Julai 2007 DIkirim oleh Gelembai | petua | | 2 komen

Petua hilangkan busuk badan

badan busuk, ketiak mudah masam?

pakai doedoran tapi tak hilang-hilang?

pakai parfum pun macam tu juga, timbul pula busuk yang lain?

mudah saja.

semasa mandi, selepas bilas badan dari sabun. ambil hirisan-hirisan lemon, limau nipis pun boleh. gosoklah satu badan terutama tempat-tempat yang mudah busuk. biar dalam 5 minit lepas tu bilaslah. 3 kali seminggu. apa-apa pun dengan izin Tuhan. kau percaya Tuhan? percayalah itu semua kuasaNya belaka.

25 Julai 2007 DIkirim oleh Gelembai | petua | | 2 komen

Mariam

mariam, mariam, mariam yang hilang itu rupanya ada di kankoku. kankoku memanglah jauh. sangat jauh. jauh sangat.

mariam, mariam, mariam yang hilang itu rupanya mangsa keadaan. aku jadi simpati pada nasibnya. entah apalah sudah terjadi padanya dulu.

mariam, mariam, mariam yang hilang itu rupanya sudah tua. aku jadi sedih sebab anak bangsa nusantara diperbuat begitu.

mariam, mariam, mariam! aku harap kau masih ISLAM.

nota; kankouku = korea

24 Julai 2007 DIkirim oleh Gelembai | lipur lara | | No Comments Yet

jantan lembut tak boleh jadi cikgu.

hello mr cuepacs,

kau peminat lelaki lembut rupanya.

23 Julai 2007 DIkirim oleh Gelembai | lipur lara | | No Comments Yet

Yoi Code

yoi yang diingat ialah lompat-lompat. lompat sana. lompat sini.

yoi yang diingat lari-lari. lari ke kanan. lari ke kiri.

yoi yang diingat elak-elak. elak ke kanan. elak ke kiri.

yoi yang dingat adalah lenting-lenting. lenting belakang. lenting depan.lenting kiri. lenting kanan.

takrifan itu silap. itu takrifan sekunder. takrifan pecahan.

yoi asli adalah katok-katok.

yoi asli adalah ketuk-ketuk.

yoi asli rapat-rapat.

yoi asli tidak lari-lari.

yoi asli adalah ketepatan

yoi asli satu hentakan.

yoi asli satu teknik yang padu.

yoi asli adalah seligi dan luku-luku.

yoi asli adalah tembi dan menyiku-nyiku

yoi asli adalah emas sepukal

itulah dia tapak yoi yang asli

21 Julai 2007 DIkirim oleh Gelembai | enche yoi dan che belian | | 1 Komen