~~KiPaS NaNdOnG~~

bukan kipas menghapus kepanasan

hinaga

hinaga itu perempuan yang gadis atau tidak, aku tak tahu. gadis atau tidak, itu tidaklah penting. bukan itu skop cerita hari ini.  hinaga ini tinggi melonjong. rambut ikal mayang kelapa dengan pewarna tiruan perang terang. mata tanpa bingkai. kulit sudah mulai kedut-kedut. barangkali hinaga adalah satu-satu perempuan jepun tanpa botox, tanpa solekan khas seperti artis-artis http://ayumi.primenova.com/gallery.php

di hari-hari ngeri di bumi beppu ini dengan jishin yang bergetar hampir 3 hari, hinaga sangat teruja tapi bukan merasa gembira. hinaga menjadi penakut yang amat. setiap getaran adalah ketaran di bibir mulutnya.  setiap getaran adalah ketaran di jari-jarinya.  dia sungguh takut. takut mahu mati, barangkali.

dan cerita ini , aku biarkan tergantung.

16 Jun 2007 DIkirim oleh Gelembai | Taiteks | | No Comments Yet