~~KiPaS NaNdOnG~~

bukan kipas menghapus kepanasan

tsurumi tak bisu lagi

jishin masih berterusan, kemungkinan lahar-lahar gunung tsurumi itu makin bergelegak. volcano tsurumi yang letaknya pada latitud 33.29, longitud 131.43 dan beraltitude 1,375 meter semakin aktif dan kurang 15 km dari sini. kali terakhir mengeluarkan lavanya pada 867 tahun yang lampau. jam 11.50 pagi, anjing-anjing bersahut-sahutan dan burung-gurung berkicau tanpa henti selama 10 minit. di kawasan jimonjibaru, pegawai pentadbiran mengeluarkan siaran-siaran keselamatan, ada yang bilau dan ada yang tersenyum girang mungkin sewel kerana terkena radiasi lahar di bawah kerak bumi. jam 5.20 petang gegaran kali ini menyebabkan ayyub dan aliah berlari masuk dalam gerobok untuk menyorok di bawah futon sedang ibu mereka panik di waktu berikebana di rumah sensei. pihak shoubousha pula kerap meronda dengan lampu merah yang bergemerlapan.

7 Jun 2007 DIkirim oleh Gelembai | sutera kimono dan bilah katana | | No Comments Yet