morinaga-san
hari ini masuk minggu ke tiga, morinaga masih tak kelihatan. aku jenguk dalam kawasan makmal. aku jenguk juga kawasan persembahan, morinaga tetap tak kelihatan. bila diingat-ingat, morinaga orangnya lucu, suka membebel tentang banyak perkara. ada kala dia seperti kurang siuman. dalam pada itu, ramai yang tidak menyukainya. morinaga bila dalam mood marah, suka menengking dan suka mengherdik. akhirnya, perempuan-perempuan di sini jadi panas, akan tetapi semua mengambil tindakan yang pasif iaitu “diam dan biarkanlah dia dengan labu-labunya”.
hari ini masuk minggu ke tiga morinaga tak kelihatan. aku pun bersuara dan perempuan-perempuan itu mengecilkan mata mereka dan berbisik “morinaga dah berhenti, dipecat!”. perempuan-perempuan itu hanya mahu berbisik-bisik saja. adat mereka bila tak suka maka sampai akhirnya tak sukalah. bisik atau diam saja bila tak suka, lagi baik. perempuan-perempuan itu semua dah tua-tua belaka dan cara mereka kekal hingga kini.
Tiada komen.


