mengusik 3
hari itu, latihan pesawat-pesawat TUDM sempena hari Kebangsaan membingitkan kawasan kg kongo, pagi-pagi lagi. maklumlah kg kongo dan lapang terbang tak jauh. dekat-dekat cuma tapi kalau nak berjalan kaki berpeluhlah ketiak-ketiak. hari itu juga, sebenarnya aidil-adha, hari orang membuat korban lembu dan kerbau. aku. aku tak pulang pun. aku nak habiskan masa di asrama bersama-sama sabahan dan sarawakian. kononnya nak merasakan perasaan mereka secara simpati dan empati. apa rasanya tanpa orang tua di hari mulia. apa rasanya makanan dan perasaan ketika makan dengan tray keluli di dewan santapan. apa rasanya di hati makcik-makcik dan pakcik-pakcik dewan makan bila melihat muka-muka kami dengan lemang tiruan dan rendang daging dari negara benua selatan.
sedang berlepak-lepak di koridor sambil menahan telinga dek bunyi yang bingit-bingit. selang beberapa detik berlalunya bunyi-bunyi kuat. bahu seperti ditepuk kuat oleh seseorang seraya menyebut nama aku. suara yang amat garau dan kasar. aku pun berpaling-paling ke kanan, kiri dan belakang. siapa. siapa. tak ada sesiapa pun. sah cuma aku berseorangan di koridor itu. kejadian itu tidak jauh dari bilik belajar A31 yang juga menyimpan misterinya sendiri.
85
sumber: http://www.youtube.com/user/jaslenda
Tiada komen.


