Sin ketiga
malam ini seperti malam sebelumnya dan aku. aku menjadi semakin letih. malam yang sudah, lelah bersengkang mata. malam ini pelupuk mata ini makin kuyu. mereka tetap seperti biasa. berlawan dengan makhluk yang halus-halus. aku jadi jemu. mereka kerap sangat bertanya. seolah-olah aku ini bomoh tilik mereka. kepada hafizi, aku menerang bahawa perlawanan ini tidak akan tamat. mereka tidak sukat kekuatan musuh. mereka tak tahu bahawa musuh ini mempunyai banyak jaring kerjasamanya, bukan setakat di kg kongo ini sahaja. mereka tak sukat kerana mereka fikir perkara ini mudah, boleh selesai dalam sehari dua. mereka silap. musuh punyai keturunan yang ramai. umur pun ada yang beribu tahun. ini bukan permainan mereka. musuh punyai strategi yang jelas. mereka punyai objektif yang satu. mereka hanya mahukan darah. dan aku di antaranya. lihat. lihat. baju-baju itu melayang-layang seolah terbang tapi tanpa kepala dan tubuh. mereka berteriak. takjub mungkin. tapi aku dah jemu. mereka hanya ingin memcuba ilmu-ilmu yang dipelajari di kampung-kampung. ada juga yang ingin mencuba ilmu-ilmu keturunan. jadinya mereka berhimpun untuk menentang musuh yang tak kelihatan seolah-olah cerita “predator” lakonan aktor yang dah jadi gabenor di state. malam itu, manasikana keluar, warden yang tak berapa garang. bertempik-tempik. bising. dah pukul 12 dah. mereka jadi kalut. apa nak jawab depan warden yang seorang ini. tiga menghadap, manasikana tak puas hati. mereka panggil aku. aku kena jawab depan manasikana. okay. okay aku jawab. manasikana kemudian puas hati dan terus masuk tidur semula. dia ada bini dan anak yang kecil. mereka menyambung semula aktiviti mereka di bawah bumbung bilik yang hujan hanya turun di situ. dan aku tahu perkara ini tak akan selesai dalam masa sebulan dan juga aku tahu musuh-musuh itu tak akan mampu menyentuhi bubun ini.
B34, 85



sehari sebelum Syawal menjelang akak terima satu sms dari insan tidak dikenali…rupa-rupanya dari….cikgu kita tu…manasikana!
selamat hari raya gelembai…camne sambutan dinegara matahari terbit tu?
menarik apa cerita makhluk ghaib ni, jangan tak caya. Raya di sana bagaimana?
kak raden,
aku masih ingat misai dia macam datuk K la…
serunai,
raya sebulan mai sini, aku bawa kau mandi onsen campur laki pompuan hahaha….