~~KiPaS NaNdOnG~~

bukan kipas menghapus kepanasan

papak

papak adalah seorang ayah. papak bukan seorang yang serba serbinya ada tetapi di waktu-waktu ramadan seperti sekarang papak akan berjamu sakan. hebat menu papak semasa berbuka puasa. kalah bangsawan-bangsawan negara. walaupun begitu hidangannya hanyalah dalam pinggan-pinggan ayan. bukan dari jerman, bukan dari tanah inggeris jauh sekali dari tanah kesatuan amerika. papak kata dia hendak menjamu anak-anak jantannya yang sedang bertubuh. bukan senang nak bela anak jantan kalau tak diberi makan cukup-cukup. papak takut kalau anak-anaknya bergayut di pintu rumah orang macam minta sedekah. papak tak mahu begitu. papak mahu jamu anak-anak dia sampai jemu. biar terkeluar-keluar dari rengkong. biar tembolok anak-anaknya penuh. jangan macam minta sedekah. jangan macam pengemis. papak jamu sungguh-sungguh. semua bini papak sediakan. papak cuma ke kedai beli bahan mentah. bini papak memang hebat. kalau rasa masakannya pasti juling-juling biji mata. tiap-tiap hari mesti ada 6 jenis mata lauk dan sayur. itu belum masuk buah-buah tempatan lagi, belum masuk serawa, pengat dan bubur. belum maasuk lengkong dan kuih lapis. belum masuk karipap dan murtabak. anak-anak papak akan makan sampai sengkak-sengkak. papak tak peduli. biarlah. biarlah. biarlah terbongkang sampai esok hari. tak mengapa kata papak. tapi solat jangan pula tinggal kata papak lagi. papak. papak. papak cuma seorang ayah.

26 September 2006 DIkirim oleh Gelembai | papak | | 1 Komen

bodoh piang

kawan aku yang namanya tak perlu disebut, datang dari satu kawasan di negeri lindungan bulan dan suka sangat bercampur dengan masyarakat siam, sering mengungkap dua patah perkataan iaitu “bodoh piang”. perkataan ini akan digunakannya ketika berdepan dengan orang-orang bodoh tentunya, berfikiran seperti kanak-kanak, suka merajuk, suka mengadu-domba, suka melaga-laga orang, suka membalas dendam tanpa hujah yang nyata, suka berkawan dengan “kera”, sangat suka memilih bulu “ayam” dan suka tuduh orang dengan itu dan ini. jadi aku tanya, sebab apa dia selalu mengungkapkan perkataan itu maka jawabnya orang-orang seperti itu sangat banyak dalam kehidupannya. dan aku pun rasa sedemikian juga.

22 September 2006 DIkirim oleh Gelembai | lipur lara | | 1 Komen

tertangguh

hari ini masuk minggu kedua buku “AYAH KITA BOS” dalam tangan dan aku belum mahu menyelak-nyelak. bini aku pun meminta-minta untuk membacanya. aku kata tunggu. tunggu untuk aku layangkan wang kepada AhSuez, gadis comel yang bakal bernikah tak lama lagi.

bini aku tanya kenapa? aku kata, itu prinsip aku, lunas baru boleh baca sebab itu adat membeli secara tunai.

oo, oo, kata bini aku dan dia mulai memahaminya.

jadi bila mahu bayar, hutang tak boleh tangguh lama-lama tau! bini aku.
dan aku, patutnya hari ini tapi semua oyasumi pula, ada perayaan emperor dapat cucu lelaki kot.

oo, oo, sambil matanya mengerling ke buku itu dan sebenarnya dialog ini tak pernah wujud.

18 September 2006 DIkirim oleh Gelembai | lipur lara | | 2 komen

konni

konni kata dia tunggu di akuarium. ye lah nanti aku datang. di akurium itu, aku, anak aku, bini aku membundarkan mata untuk melihat sekeliling. mana konni? mana konni? dan kawan seperjalanan aku, si mariam dan familinya tiba setelah sekilas aku nampak si konni. si konni kali ini jauh “fashionable”, berambut lurus seperti wanita jepun yang moden. di atas basikal kuningnya itu. dia pun terteleng-teleng tak nampak aku. oi! konni-san! jerit aku seperti jantan jepun yang moden juga. aku lambai-lambai dan konni pun mula mengenali aku semula. sebaik turun dari “jalur-langit” bini aku pun memeluk konni kerana konni itu wanita dan juga kerana sudah lama tak berjumpa. hahaha! kau nampak mudalah konni. konni kemudian mengomel-gomel dalam bahasa yang aku dan bini aku fahami.

nanti aku tunjukkan hotel dan rumah aku nanti tingkah konni.
di mana rumah kau? aku.
tu jalan lurus nanti kau jumpa PC depot, lepas tu kau masuk simpang itu dan ini, konni.
oooooo, aku. tapi jauh tuuuuu, aku lagi.
heh heh memang jauh nanti aku tunggu kau di PC depot dan aku akan tumpang kereta kau, basikal pakcik kordi ini nanti laki aku akan ambil, konni.
aku pun angguk-angguk bagai belatuk

itu hotel untuk kau menginap, itu supa, itu sushi-ya, itu chushajou bla bla bla, konni bagai pegawai pelancungan. nanti malam kau dan anak-bini kau datang rumah aku jalan kaki aja tau, dekat.
okay, okay, aku.

malam itu, aku dan rombongan makan kenyang-kenyang sebab konni masak ala sabah dan memang sedap. jangan kau lupa ajar bini aku resepinya pula. senang kau nak buka cawangan makanan sabah di KL nanti.

kagoshima
4 sept

16 September 2006 DIkirim oleh Gelembai | sutera kimono dan bilah katana | | No Comments Yet

monkun

monkun yang berwajah seperti jetli itu, pagi-pagi lagi sudah dimarahi. masuk ke makmal tak lapor diri kepada penyelia. terkulat-kulat mukadia. budak muda macam itulah. tak apa, tak apa tabahkan hati monkun, esok-esok kau akan lebih matang.

tsuruta, beppu

13 September 2006 DIkirim oleh Gelembai | Atom-NewTsuruta | | 1 Komen