mengusik 1
aku, doleh dan 3, 4 orang budak-budak form 1 sedang membaca dan menconteng-conteng dengan tekun di atas kertas putih atau kertas kotor. ada yang angguk-angguk, merenung dinding dan macam-macam kerana minggu peperiksaan semakin hampir. di bilik belajar itu yang letaknya di tingkat 3 mengikut sistem british masih menyala. bilik-bilik lain telah ditutup lampunya semenjak jam 11.oo. aku dan doleh duduk semeja di sebelah tingkap. sebelah luar adalah korridor yang bertelanjang tanpa penghadang, sayup ke bawah adalah laman yang berkongsi dengan Blok D selebar 25 meter. jam sudah masuk pukul 12.15 pagi tapi mata masing-masing masih cerah. tak semena-mena bunyi tik, tik, tik. aku ingat bunyi jam tapi kenapa kuat sangat? tik, tik, tik kali kedua berbunyi. kali ini baru nampak sesuatu di atas meja aku dan doleh. batu! separuh besar dari jari kelingking terlompat-lompat. tik, tik, tik kali ke3, aku dan doleh nampak batu sebesar kelingking melompat masuk dari luar tingkap. tik, tik, tik kali ke4 batu yang lebih besar. budak-budak lain mula memberi perhatian. fenomena pelik kata mereka. kami tunggu. batu yang lebih besar pula masuk ke bilik itu. siapa yang baling? kuat benar kalau mahu di baling batu halus dari tingkat bawah. kami tunggu lain. kali ini semakin banyak batu kecil-kecil masuk berturut-turut. eh! ada orang mahu main-mainlah. tapi siapa? budak-budak form dah naik meremang. aku tanya doleh macam mana ni? nak tunggu? doleh kata “jom kita cabut, ini kerja antu, mana ada orang boleh buat macam ni”. malam itu waktu tidur kami pakat baca ayat qursi banyak-banyak sampai lelap.
A31
85



awat tak amik batu tu?
Nasib baik tu…antu-antu tu mesti ingat kau geng dia gak..hahaha
gelembai…tepat jam 9 mlm 30 sept 2006 aku sekeluarga akan berangkat ke jepun menurut jejak langkahmu…
el’poyoloco,
kalau batu permata sah aku yg pertama akan ambil..
raden galoh,
kak, lepas tu aku ingat dia nak ajak aku main batu serembanlah
pogee,
selamat datang ke sini, kau bakal mengenali maiko dan geisha yg manja dan seksi hahahahaha
cerita hantu di smss?
ahsuez,
kau tak pernah dengar ye cerita-cerita misteri nusantara dari jiran kg kongo ye..