~~KiPaS NaNdOnG~~

bukan kipas menghapus kepanasan

ibarat kita ini bagai

orang yang membangsat ke mari seperti aku harus tahu adap-adap orang tempatan di sini. ya, harus. bukan, wajib. ya, wajib. menyesuaikan diri. kalau tak nanti dihamput tak sudah. maki berkeliling. mana yang boleh, mana yang tidak. kena faham betul-betul. kalau tidak hamun tak sudah-sudah. sifat mereka tak suka bising macam kenduri raja-raja melayu, tambah-tambah kalau rumah mereka di sebelah pula. waktu malam cakap biar dengar-dengar. anak-anak kena dikawal. suara jangan sentiasa meninggi. kalau tak dileteri berjela. ya lah kita di tempat orang. betul sekali pun kita mereka tetap benar. ibaratnya masuk kandang harimau mengaum, masuk kerbau menguak. pandai-pandai bawa diri agar jangan sentiasa jadi rusa masuk kampung, ibaratnya begitulah.

5 Ogos 2006 - DIkirim oleh Gelembai | sutera kimono dan bilah katana | | 8 komen

8 komen »

  1. isskkk… ngeri pulak nak merantau ke sana. takde persiapan rapi lagi bro. cuma tinggal sebulan setengah je lagi. harruuuuu… offer JPA pun belum menyusul.

    Comment oleh Anonymous | 7 Ogos 2006 | Balas

  2. Maklum sahajalah di tanah asing, tentu adatnya berbeza dengan kita. Harap tabah dan bila kau habis belajar?

    Comment oleh Serunai Faqir aka SF | 7 Ogos 2006 | Balas

  3. sf, dah lama aku tak dengar dendang silat secara live…

    Comment oleh Gelembai | 8 Ogos 2006 | Balas

  4. anony….tabahkan hati …

    Comment oleh Gelembai | 8 Ogos 2006 | Balas

  5. Itulah adat berkelana bro…kena belajar serba serbi…yang penting adat resam sebab kedatangan kita sebolehnya janganlah menjadi punca gangguan atau kacau bilau…baik dengan jiran atau orang keliling…

    Comment oleh raden galoh | 11 Ogos 2006 | Balas

  6. bonar sangat tuh

    Comment oleh Gelembai | 14 Ogos 2006 | Balas

  7. Very nice site! » »

    Comment oleh Anonymous | 1 Mac 2007 | Balas

  8. Business company information
    Business company information

    Comment oleh NjvOikok | 11 April 2008 | Balas


Tinggalkan komen