mengusik 1
aku, doleh dan 3, 4 orang budak-budak form 1 sedang membaca dan menconteng-conteng dengan tekun di atas kertas putih atau kertas kotor. ada yang angguk-angguk, merenung dinding dan macam-macam kerana minggu peperiksaan semakin hampir. di bilik belajar itu yang letaknya di tingkat 3 mengikut sistem british masih menyala. bilik-bilik lain telah ditutup lampunya semenjak jam 11.oo. aku dan doleh duduk semeja di sebelah tingkap. sebelah luar adalah korridor yang bertelanjang tanpa penghadang, sayup ke bawah adalah laman yang berkongsi dengan Blok D selebar 25 meter. jam sudah masuk pukul 12.15 pagi tapi mata masing-masing masih cerah. tak semena-mena bunyi tik, tik, tik. aku ingat bunyi jam tapi kenapa kuat sangat? tik, tik, tik kali kedua berbunyi. kali ini baru nampak sesuatu di atas meja aku dan doleh. batu! separuh besar dari jari kelingking terlompat-lompat. tik, tik, tik kali ke3, aku dan doleh nampak batu sebesar kelingking melompat masuk dari luar tingkap. tik, tik, tik kali ke4 batu yang lebih besar. budak-budak lain mula memberi perhatian. fenomena pelik kata mereka. kami tunggu. batu yang lebih besar pula masuk ke bilik itu. siapa yang baling? kuat benar kalau mahu di baling batu halus dari tingkat bawah. kami tunggu lain. kali ini semakin banyak batu kecil-kecil masuk berturut-turut. eh! ada orang mahu main-mainlah. tapi siapa? budak-budak form dah naik meremang. aku tanya doleh macam mana ni? nak tunggu? doleh kata “jom kita cabut, ini kerja antu, mana ada orang boleh buat macam ni”. malam itu waktu tidur kami pakat baca ayat qursi banyak-banyak sampai lelap.
A31
85
masuk makmal
masuk semula ke makmal menjadikan aku gembira. kandungan makmalnya selain dari radas-radas and aparatus-aparatus adalah ninja-ninja jantan dan betina. ada juga dari negara tiongkok seramai 2 orang yang telah lama bertugas di makmal ini. aku menyarung kembali kot putih itu yang bersih dan berbau kedai. tugas di makmal ini amat sibuk bermula dari jam 5. semua broth wajib disukat dengan tepat. sampel-sampel lainnya juga telah diatur seawal jam 9 pagi. semuanya bersuara untuk yang penting-penting sahaja. aku angguk-angguk dan geleng-geleng sebab bahasanya tidak semacam dalam buku. waktu akhir juga terlalu sibuk, selepas tamat semua ujian bahan, semua radas akan dicuci dan disusun dengan teliti agar mudah untuk tugas keesokan harinya. sungguh memenatkan bila aku melangkah keluar dari situ pada jam 11 malam.
ibarat kita ini bagai
orang yang membangsat ke mari seperti aku harus tahu adap-adap orang tempatan di sini. ya, harus. bukan, wajib. ya, wajib. menyesuaikan diri. kalau tak nanti dihamput tak sudah. maki berkeliling. mana yang boleh, mana yang tidak. kena faham betul-betul. kalau tidak hamun tak sudah-sudah. sifat mereka tak suka bising macam kenduri raja-raja melayu, tambah-tambah kalau rumah mereka di sebelah pula. waktu malam cakap biar dengar-dengar. anak-anak kena dikawal. suara jangan sentiasa meninggi. kalau tak dileteri berjela. ya lah kita di tempat orang. betul sekali pun kita mereka tetap benar. ibaratnya masuk kandang harimau mengaum, masuk kerbau menguak. pandai-pandai bawa diri agar jangan sentiasa jadi rusa masuk kampung, ibaratnya begitulah.
pening
lelaki tua itu dengan mulut berbau bir memaki-maki sekelilingnya. mabukkah dia? ikut kata pakar mabuk kebangsaan, kalau setakat 1 atau 2 tin bir tidak mampu memabukkan seseorang pengamalnya. masuk tin ke 3 atau ke 4 mungkin baru pening-pening lalat. lali dah tubuh mereka. jadi anggapan bahawa mulut berbau bir belum tentu boleh menghukum mereka itu mabuk. tapi bukankah dia memaki-maki? tidak mabukkah itu? tapi orang yang minum oren pun boleh memaki-makikan? yang jelas bir punyai alhokol , bahan pembakar, menjadikan tubuh panas. kalau badan panas orang mudah menyingsing lengan. tapi kalau jenis baran kalau tak minum pun tetap menyinsing lengan kan? jadi bagaimana hendak dihubungkan mabuk, alkohol dan baran?
pesta musim panas III
bagi aku yang itu. yang berkepak tu. aku amat suka. lemak. aku kira kau taruk madu. jadi ini ayam madulah ye….?
bang, bang, tunggu dulu. itu ayam kau tak boleh makan. kau tu pentingkan yang halal haram. jadi kau tak boleh makanlah.
kenapa apa bezanya kau dan aku?
bukan, bukan bang. kau salah faham. ayam tu pihak Emperor yang taja. sah tak halal. aku tahulah. tapi aku nak buat macam mana Emperor nak suruh aku jugak yang jual.
okaylah, okaylah. nanti dia potong kepara kau pula nanti. telan air liur aku hari ni tau!
pesta musim panas II
hanabi yang ini tidak lagi terlindungkan bangunan-bangunan pencakar langit. leher tidak lagi menjadi terteleng-teleng dan terdongak-dongak. kebas yang mencucuk-cucuk di sana sini tidak mendatang lagi. aku tak perlu lagi berkejar-kejar ke sana ke mari untuk sebuah foto. hanabi kali ini indah, luas terbentang dan terang benderang lagi berwarna-warni. sambil aku mengunyah-ngunyah sate tako yang liat itu.
lama dah…
hampir masuk sebulan tak mencoret apa-apa, bukan tiada bahan tapi sebenarnya tiada momentum. banyak hal ke lain. banyak benda lain perlu diurus.





