~~KiPaS NaNdOnG~~

bukan kipas menghapus kepanasan

kawan

kawan, maafkan aku ya. aku tak dapat menghantar kau di lapangan terbang tempoh hari. aku tahu kita tak boleh bersua lagi. sekarang kau berada begitu jauh. aku harap kau selamat. jaga diri baik-baik. aku harap bekalan kau cukup. aku doakan cukup. kalau tak, nanti kau kelaparan. kebuluran. tak ada siapa akan dapat menolong kau nanti. tak ada siapa dapat memberikan kau bekalan. kau begitu jauh. lagi pun kau tak ada saudara dan sahabat handai yang berdekatan di sana. dunia baru kau terlalu asing. buat masa sekarang aku belum boleh ke tempat kau. tapi, siapa tahu mungkin esok mungkin lusa, siapa yang tahu. rezeki masing-masing. tapi yang pasti aku akan ke tempat kau suatu masa nanti. ya suatu hari nanti. biar tuhan sahaja yang menentukannya. cuma aku nak terus berdoa supaya kau selamat di tempat baru. Al-fatihah.

nota: taib mansor(2006), amir zz(2005) – moga TUHAN mencucuri rahmatNya.

8 Julai 2006 DIkirim oleh Gelembai | lipur lara | | 4 komen

cinta pandang pertama

kalau kau mempelajari sifat syaitan dengan mendalam dan kemudiannya pada suatu hari kau mengalami perasaan jatuh cinta pandang pertama maka itulah syaitan namanya. kalau kau tak percaya, kau boleh buat analisa tapi dengan syarat kau kena pelajari sifat syaitan dengan mendalam

7 Julai 2006 DIkirim oleh Gelembai | lipur lara | | No Comments Yet

senah ku sayang

Senah menekan-nekan betis kanannya, berkerut wajahnya, sakit. bisul yag sudah seminggu itu merah menyala-nyala, berdenyut-denyut. senah tekan lagi. mengeriyut wajahnya. sakitnya yang amat, sungguh azab. bisul itu amat besar dan telah merebak sebesar tapak tangannya. merining membengkak, besar. air mata senah berjurai-jurai. kenapa dia kena penyakit ini. dari satu ke satu penyakit-penyakit datang. ibu kaki sebelah kirinya pun masih belum sembuh. sudah masuk 2 minggu. motosikalnya itulah puncanya. senah ingat lagi sewaktu balik dari kedai bawang. sewaktu hendak menongkat motosikalnya tanpa sengaja dia tertendang hujung tongkat motosikalnya. kuku tersopek. darah meleleh-leleh, tambah pulak waktu itu matahari sedang terpacak tegak di langit. senah mabuk darah. dia hampir pitam. kalau tak kerana lakinya si Joban Rambut Tegak ada di rumah, mahu tergolek di tanah begitu sahaja. percuma, dapat tidur di atas tanah.

macam jatuh ditimpa tangga pula. ibu jari kakinya mula bernanah. sekali sekala boleh terhidu bau nanah yang semerbak itu. senah perhati lukanya itu. senah ambil putik kapas, dikorek-koreknya ibu jari kakinya itu. digerudi-gerudi ke kiri ke kanan. kemudian senah hidu putik kapas itu. busuk. daging ibu jari kakinya membusuk. senah buat tak tahu saja. bukan tak sakit, memang sakit. hendak ke klinik malas sungguh dia. senah memang kolot walaupun di rumahnya ada TV cecair kristal. senah lebih senang bubuh minyak yang mak lijah bagi. bubuh sahaja lepas mandi dan kemudian balut saja dengan perca-perca kain yang ada. nanti petang bubuh lagi. senah hidu lagi putik kapas itu. makin busuk makin sedap dihidu. kakinya sendiri bukan kaki orang lain. senah tak peduli. senah hidu lagi. senah senang dengan bau busuk ibu jari kakinya itu. kalau tidak dibubuh minyak mak lijah itu, lalat-lalat bangkai boleh hurung ibu jari kakinya itu. lepas itu, ulat-ulat boleh naik dan makan daging-daging yang ada. macam bangkai ayam belakang rumahnya tempoh hari. senah belek lagi ibu jari kakinya itu. dipicit-picit sedikit untuk keluarkan nanah lagi. kuning pekat. berketul-ketul. senah kemudian menyeringai sampai memercik air liur, suka sambil menahan sakit. lepas itu, boleh lap dengan putik kapas lagi.

nasihat lakinya si Joban Rambut Tegak tak diambil pusing langsung. berbuih-buih mulut lakinya berceramah. Si Joban Rambut Tegak semakin hari semakin kuat geleng-geleng kepala. dia pun dah tak boleh tahan dah. busuk memang busuk. semakin hari semakin busuk. sekarang tidur pun di luar bilik saja. tidur sendirian, peluk bantal sahajalah. hendak peluk bini dah tak boleh tahan bau busuknya. Joban Rambut Tegak naik loya, naik melugai. makan pun tak mahu lagi di rumah. kedai mimah seberang jalan sekarang sudah menjadi ganti. sambil makan bolehlah jeling-jeling andartu itu. silap-silap kalau ada jodoh boleh pasang satu lagi. walaupun andartu, mimah berkulit bersih. pandai pula berhias. orang berniaga mestilah pandai. ada strategi. Joban Rambut Tegak pun masih kacak dan badan pun masih sasa, apa kurangnya dia. lama-lama tinggallah senah di rumah sendirian yang kegemarannya menghidu putik kapas dari nanahnya sendiri sedangkan Joban Rambut Tegak semakin intim dengan mimah.

nah! apa pelajarannya dari ceritaku ini????

p/s – pak non, makasih pak…

5 Julai 2006 DIkirim oleh Gelembai | senah | | No Comments Yet

jantan…..

sudah lebih 2 bulan mata anak-anak jantan di pergunungan ini kekenyangan setiap saat dan masa, tanpa henti dan tanpa noktah. kerana mentari semakin meninggi dan teriknya tidak boleh ditahan lagi maka di pulau yang sentiasa berubah permukaan mukabuminya, timbul pula pergunungan-pergunungan yang lain. semakin merekah dan sekah, membuak-buak keluar dan menonjol-nonjol dari permukaannya. gunung yang semakin banyak ini ada kala bergedik-gedik tanpa peduli persekitaranya. hingga mata menjadi bungkam dan air liur mula meleleh-leleh. ada kala muncul pula kawah-kawah bulat tanpa lahar yang mempunyai keupayaan luarbiasa untuk bergerak-gerak. tanah-tanih di pergunungan ini sungguh aneh dan keunikannya amat hebat sekali. tanah-tanih ini bermorfologi bulat dan melidi dengan warna yang bermacam ragam, yang kuning macam tahi gigi ada, perang macam buah sawa pun ada, hitam macam arang juga ada dan yang putih macam bedak juga turut ada. berbidang-bidang. luas dan sempit memenuhi cita rasa. memang aneh bukan? yang lebih menakjubkan, tanah-tanih ini juga berkemampuan bermobiliti pada kadar yang amat tinggi. dan aku pasti kalau kau itu juga jantan sejati dan berada di pergunungan ini, kau pun akan sama seperti anak-anak jantan di sini.

-jumonjibaru-

5 Julai 2006 DIkirim oleh Gelembai | Jumonjibaru | | 2 komen