aku masih hidup
Encik tanaka tidak pernah puas hati dengan dirinya. dari dulu, semenjak dulu, semenjak peristiwa pahit itu, hatinya tidak pernah tenteram. dendam kesumatnya tidak pernah padam. dari gunung inasa ini dia merenung sayup-sayup bandar yang pernah menjadi padang jarak padang tekukur. di bandar itulah ibu dan kakaknya mati terkorban, mayat mereka rentong. ayahnya hilang entah ke mana dan dia amat pasti bahawa ayahnya itu mati dalam peristiwa itu. pejabat ayahnya dekat benar dengan kawasan yang pernah mendidih sehingga 2,000 darjah celcius. dia sendiri yang terselamat amat luka parah, bertahun-tahun menderita, kulitnya bukan hanya melepuh tetapi seakan mencair. kulit telinga kirinya bagai orang berpenyakit kusta, luluh bertempek. hidupnya bagai telah tiada lagi dan encik tanaka tidak pernah berumahtangga. dia masih kecil di waktu kejadian itu dan akhirnya terlantar di rumah sakit selama 2 tahun sebelum menyambung pengajian hidupnya di rumah kebajikan anak-anak terbiar. di gunung inasa inilah dia selalu bertandang, termenung dan bertafakur. melihat ke bawah kerlipan lampu-lampu neon di waktu malam. ada kalanya dia tertidur situ hingga terbit matahari. pekerja-pekerja di gunung ini amat memahami akan dirinya dan ada kala waktu mereka akan bersarapan bersama-sama. tanaka amat benci apa yang telah berlaku. dia juga sering mengetap bibir setiap kali berselisih dengan bangsa yang berambut jagung atau perang yang berhidung catuk. bencinya amat kuat hingga kadang-kadang mengeletar tangan-tangannya. bangsa itulah yang menyebabkan dia kehilangan segala-galanya. tetapi dia tidak kesal untuk terus hidup sambil berdiri di puncak gunung ini untuk terus merenung ke bawah.
nagasaki
dia yang pulang
kelmarin, setelah berpuluh tahun berhijrah, takeo kawanata pulang ke tanah asalnya. pulangnya dengan air mata. pulangnya dengan penuh kesyukuran. pulangnya setelah puas merantau di negeri-negeri yang terbilang. kelmarin juga, kepulangannya itu disambut adiknya, takeo kitagata. dalam pelukan mereka tersedu-sedu, terlalu rindu dan hanya air mata mampu merungkai perasaan hati insan-insan ini. manakala dari jauh nori menyambut dengan pandangan mata. nori hanya mampu mengulum senyuman dengan linangan air mata, memang tiada siapa yang akan menyangka abang iparnya yang telah berpuluh tahun menghilang, tiba-tiba muncul di depan laman rumah. nori mengesat air matanya sambil berlari-lari anak ke dapur, abang iparnya harus disambut dengan hidangan teh. mungkin abang iparnya itu sudah lama tidak meminumnya. hari itu, takeo kawanata dan takeo kitagata bukan sekadar mencicip teh kebanggaan keluarga mereka turun temurun tetapi menogoknya berulang-ulang kali dari cangkir-cangkir yang cantik menawan sepertimana perlakuan mereka dulu sewaktu di zaman remaja. dan mereka turut dihidang dengan makanan masakan nori yang sungguh enak di dalam pinggan-pinggan warisan keluarga mereka zaman berzaman. dan encik take, seorang jurufoto, menjadi saksi pertemuan yang penuh bersejarah pada hari itu.
saga-ken


