Tok ajih
keluarga tok ajih yg suatu masa dulu pernah tinggal di gombak setia selama 30 musim. anak-anak dia ramai yg membesar di situ. pelbagai pengalaman pahit manis dirasai keluarga ini. anak-anak itu seramai 7 orang yang semuanya jantan beribukan satu & berbapakan satu jua. kasih sayang tidak luak ke mana-mana. kalau menangis hanya di hati di mata tidak sekali. kalau ketawa gemuruhlah seluruh alam gombak yg kini hanya tinggal kenangan. SKGS, Sekmenkeb, masjid al-syarikin, taman kamariah, bas lenseng, bas mini no. 14 & 15, kambing tokman, rumah pak ali, kedai gunting rambut india depan pusat pertanian, kedai india muslim tepi rumah dan wak yg sekarang dah kaya raya masih terasa seperti baru semalam ditinggalkan. Tok ajih amat dikenali penduduk-penduduk lama di situ yg semakin ramai pergi menyahut panggilan Ilahi. Moga Tuhan terus mengasihi kami yg tinggal & mereka yg telah pergi.kerana suratan takdir keluarga ini telah disumpah agar berpindah ke sebuah pulau yg ada seekor lang yg amat besar. di pulau itulah anak-anak tuk ajih yg dulunya hanya mengenal bukit-bukau & hasil-hasil hutan belantara, akhirnya mula belajar apa itu bayu laut, butir pasir, hempasan ombak. anak-anak itu mula berlari bersama-sama ketam & menguis mencari remis di persisiran. perut kenyang dengan hasil laut, memakan bronok & melihat gamat luar dari botol minyak urut. che chenang, che kok, gurusilat tengorak, che jetty, mak kuah, pak malut dan Wan deLIMA adalah merupakan jiran-jiran berdekatan.setelah tamat sumpahan selama 12 purnama, keluarga tok ajih akhirnya keluar mencari penempatan baru. penempatan itu tidaklah jauh dari pulau yg banyak jerejak besi & keluli. di situ kelihatan ramai pak tani mengusahakan ladang & meriahlah seketika apabila keluarga ini mula-mula menjejakkan kaki. oleh kerana anak-anak tok ajih makin membesar & kuat tubuhnya maka berhijrahlah mereka keluar bertebaran bagai burung di waktu pagi & tinggallah tuk ajih laki bini yg makin dihimpit kesunyian.
1998


