~~KiPaS NaNdOnG~~

bukan kipas menghapus kepanasan

Tok ajih

keluarga tok ajih yg suatu masa dulu pernah tinggal di gombak setia selama 30 musim. anak-anak dia ramai yg membesar di situ. pelbagai pengalaman pahit manis dirasai keluarga ini. anak-anak itu seramai 7 orang yang semuanya jantan beribukan satu & berbapakan satu jua. kasih sayang tidak luak ke mana-mana. kalau menangis hanya di hati di mata tidak sekali. kalau ketawa gemuruhlah seluruh alam gombak yg kini hanya tinggal kenangan. SKGS, Sekmenkeb, masjid al-syarikin, taman kamariah, bas lenseng, bas mini no. 14 & 15, kambing tokman, rumah pak ali, kedai gunting rambut india depan pusat pertanian, kedai india muslim tepi rumah dan wak yg sekarang dah kaya raya masih terasa seperti baru semalam ditinggalkan. Tok ajih amat dikenali penduduk-penduduk lama di situ yg semakin ramai pergi menyahut panggilan Ilahi. Moga Tuhan terus mengasihi kami yg tinggal & mereka yg telah pergi.kerana suratan takdir keluarga ini telah disumpah agar berpindah ke sebuah pulau yg ada seekor lang yg amat besar. di pulau itulah anak-anak tuk ajih yg dulunya hanya mengenal bukit-bukau & hasil-hasil hutan belantara, akhirnya mula belajar apa itu bayu laut, butir pasir, hempasan ombak. anak-anak itu mula berlari bersama-sama ketam & menguis mencari remis di persisiran. perut kenyang dengan hasil laut, memakan bronok & melihat gamat luar dari botol minyak urut. che chenang, che kok, gurusilat tengorak, che jetty, mak kuah, pak malut dan Wan deLIMA adalah merupakan jiran-jiran berdekatan.setelah tamat sumpahan selama 12 purnama, keluarga tok ajih akhirnya keluar mencari penempatan baru. penempatan itu tidaklah jauh dari pulau yg banyak jerejak besi & keluli. di situ kelihatan ramai pak tani mengusahakan ladang & meriahlah seketika apabila keluarga ini mula-mula menjejakkan kaki. oleh kerana anak-anak tok ajih makin membesar & kuat tubuhnya maka berhijrahlah mereka keluar bertebaran bagai burung di waktu pagi & tinggallah tuk ajih laki bini yg makin dihimpit kesunyian.

1998

31 Disember 2005 DIkirim oleh Gelembai | lipur lara | | No Comments Yet

Setahun yang lalu kampung ini dilanda tsunami

dulu, semasa kecil kalau sesekali pulang ke tanah tumpah darah dalam selang 3 atau 4 musim padiĀ  pastinya rumah tuk wan menjadi tempat menumpang tidur. mana lagi hendak pergi kalau tidak di situ. di situ, tanah tumpah jaraknya kurang 100 meter dari gigi air sungai kuala muda. dulu, kalau mahu ke situ, bas hanya boleh masuk setakat kepala jalan. selebihnya adalah lopak-lopak air, pasir gebu dan lumpur sungai sepanjang 500 meter. tapak dan sekeliling 20 meter rumah tok wan pun adalah lumpur. setakat alas di kaki lebih baik dijinjing sajalah. melekat dan melekit selut di kaki dan kalau tak biasa boleh rimas. tok wan sedar orang susah nak datang ke rumah dia kalau lecah-lecah tidak dihiraukan. jadi, tok wan anak beranak mengangkut pasir dari tebing sungai. sekali sekala kulit kepah dituang sama di sekeliling rumah. bertahun-tahun proses ini berlaku dan akhirnya tanah jadi kejap dan kenderaan pun sudah boleh diletakkan di situ. di tebing, pasirnya amat halus, kalau tersepak dan berterbangan di kepala dan tidak segera dibasuh alamatnya berkudislah. tapi yang paling seronok tentulah bermain-main di sini, selain bermain pasir bolehlah juga mencungkil-cungkil lubang ketam pasir dan ketam batu. malah setiap pagi dan petang kami akan mandi air sungai di situ. di belakang rumah tok wan banyak pokok nipah dan kalau teringin nak makan buah nipah, tok akan masuk hutan itu untuk cucunya. buah nipah yang lemak dan manis amat nikmat dimakan di waktu panas merelau. kadang-kadang nampak juga orang masuk ke hutan nipah mencari ketam batu sebagai jualan ke cina-cina di pekan dan tak kurang mat ganja mencari pot di situ. ular-ular bisa dari hutan itu, tak usah cakaplah memang banyak. banyak kali juga rumah tok wan dimasuki ular-ular ini, yang paling popular ular ketam tebu. banyak sungguh, tambah-tambah kalau musim tengkujuh, kononnya ular-ular dari hulu sungai hanyut berselirat. adakala kami dihiburkan dengan kera-kera yang bergayutan di atas pokok kayu yang amat besar dan tinggi jauh di dalam hutan itu. jerit pekik mendapat perhatian kami dan asyik sungguh kami menontonnya sampailah matahari berbenam. zaman itu, perkara-perkara seperti itu bukan kelaziman maka ia menjadi seperti suatu yang menyeronokkan. lagi pun TV tak ada, yang ada hanya radio transistor yang menggunakan bateri kuning cap badak sumbu, itu pun kalau ada duit. di sebelah hutan nipah ada padang yang penuh dengan lalang, kalau mengidam burung ayam-ayam bolehlah melastik atau tahan jebak di situ. pak teh punya kederat dapatlah kami makan ayam-ayam goreng yang dimakan berdikit-dikit takut cepat habis maklumlah bukannya banyak sangat. kalau nak menonton TV kenalah ke kedai runcit dalam kampung pada waktu malam, tambah-tambah kalau malam jumaat, bolehlah menonton filem melayu. TV masa itu, hitam putih dan hanya ada 2 saluran yang semua dari RTM, itu saja yang ada pada masa itu. adakala kami boleh menonton filem layar besar dari jabatan penerangan yang sering berserta dengan kempen yang macam-macam.??Paling seronok di waktu pagi dapat kami menyorok dengan pulut manis atau nasi putih panas dengan gulai ikan tenggiri yang boleh dibeli dari kedai, air tentulah kopi, mana ada milo. Kalau bertandang ke rumah tetangga, air teh cap bunga, panas-panas, akan dihidang dalam gelas kecil, hendak dipegang kenalah tunggu sejuk dulu, sementara itu, orang tua akan berborak selagi boleh dan kita akan terlelap-lelap.

1974
http://gelembai.fotopages.com/?entry=861981&back=http://gelembai.fotopages.com/?page=0#CommentsTop

29 Disember 2005 DIkirim oleh Gelembai | lipur lara | | No Comments Yet

Alamak

berapa jam anda belajar?
anda memandu tak cukup rapat ke kiri. jangan tekan pedal brek di selekoh. jangan…jangan…bla…bla…blaa… jom kita balik.

19 disember 2005
oita untenmenkyou centa

19 Disember 2005 DIkirim oleh Gelembai | sutera kimono dan bilah katana | | No Comments Yet

Itu yang kena bawa

pertama, lesen malaysia
kedua, surat pengesahan JPJ
ketiga, surat dari taishikan
keempat, pasport antarabangsa
kelima, gaikakujin torukshou
keenam, surat dari syakushou
ketujuh, foto
bawa semua ke sana………

18 disember 2005

18 Disember 2005 DIkirim oleh Gelembai | sutera kimono dan bilah katana | | No Comments Yet

Sapaan musim salji

ais bertompok-tompok di aspal. putih bersih mewarnai padang rumput. sesekali mendongak ke tingkah kuliah, kelihatan berwap dan juga ais mula berkeping di situ. di laman tengah bangunan B, salji yang turun melayang berputaran sebelum jatuh dilantai. bukit bukau dibelakang mula memutih pekat dan sarat. rumput mula menguning bagai berada di tapak sawah di kampung. semua mula berubah. indahnya berlainan. suasananya pun lain. sambil bersapa dengan hitomi anak dara hiroshima, mengundang bicara yang berat. seusia semuda 18 tahun dengan wajah yg comel. rambut tebal mengurung susuk kepalanya tiada apa yang dipinta melainkan teman lelakinya dari filipina iaitu sesudah 40 minit berkurung di lounge bersama aku yang sudah kepenatan berfikir semenjak pagi. memang dia terlalu keanakan namun boleh mengungkap tentang budaya induknya. benaknya pasti sudah bersedia dengan bebanan dunia. tapi sashmi masih jadi kegemarannya. lantaran sunyi, segala bahan menjadi bualan. agama, famili dan keindahan kelahiran bertukar milik pengetahuan. anak itu jauh muda dan yang pertama semenjak aku berlabuh di pulau ini.

16 disember 2005

16 Disember 2005 DIkirim oleh Gelembai | Jumonjibaru | | No Comments Yet