Terngiang
terngiang-ngiang dalam telinga ini tangisan anak itu, sakit katanya. merintih kesakitan. kesian anak itu, si bapak menjentik telinganya sekuat hati bagai anak itu bagai tiada deria sakit. makin menangis makin dijentik telinga itu. anak itu masih kecil, masih tak mengerti apa-apa. mengapa dijentik telinganya. masih lembut cupingnya. hei bapak betapa tololnya engkau. anak itu darah daging engkau sendiri. gamak kau siksa dia. ajarlah dengan baik, bukan dijentik. bukan dipiat. bukan itu cara mengajar anak. anak itu masih kecil. masih perlu belai dan kasih sayang. tunggulah besar sedikit kalau mahu dihukum pun. tololnya engkau?
23 november 2005
Fikir sendiri
perlu ke kita cari permusuhan?
atau melebarkan permusuhan?
mampu ke kita menghadapi serangan musuh-musuh yang mula bersekutu?
kenapa perlu buruk orang lain dan mencipta musuh baru?
ada faedah ke?
19 november 2005
Lama tak bercerita
petang tadi bersembang siber dengan kerani di tempat lama. sihat katanya. sekarang tempat tinggal dan pejabat pun dah tak jauh seperti dulu. alhamdullilah syukur kepada Tuhan diberikan keringanan dalam bertugas.
pegawai atasan tak ada katanya kecuali sdr masri, semua keluar bersidang dalam sebuah persidangan. bos aku dulu ke sana juga. bos yang baik. maaf bos, dulu tak sempat makan belanja bos. tergesa-gesa dan anak pula tak berapa sihat masa tu.
ada kakak tu, yang dulu bertugas di bawah aku, dengarnya sihat juga. cuma kesian perlu berulang-alik dari rumah ke pejabat yang begitu jauh maklumlah pejabat berpindah lokasi, nasib baik ada disediakan pengangkutan bas. tapi bulan 5 tahun depan kena pandai-pandai sendiri. kesiannya dia. tapi kakak tu bagai wanita besi. dedikasi dan tekun. aku kalau boleh nak khalayakan dia kepada orang ramai, supaya tahu kerajinan dia. tabahkan hati kakak, hidup tak semua indah. moga terus tabah dan berdedikasi untuk organisasi.
18 november 2005
Tak kembali
sekali sekala masak-masak macam dulu, waktu bujang dulu, masa tahun akhir pengajian dulu. memang seronok. nasi putih panas, telur mata kerbau, bubuh sos cili aminah hasan dan kicap tamin dan dimakan terasa ni`kmat. masa yang kurang, kerja sekolah yang bertimbun, perlu diselesai segera. mana ada masa nak berseronok. sekali sekala macam tahun akhir dulu, dikenang semula, kekadang mengalir air mata sambil senyum mengukir.
Lihat itu
dia akhirnya berjaya. berjaya mengatasi obstikal dalam dirinya. mengatasi kelemahan dirinya. mengatasi sifat introvet dalam dirinya. dia masih diberi dorongan agar keluar dari kepompong kejumudan. supaya bersaingan seiringan dengan ekstrovet. bereksperimentasilah dengan ilusi. mencipta peribadi sendiri atas paksi jatidiri. lihatlah. cahaya semakin terang. tangan ini semakin ringan memimpinmu. agar kau boleh bertatih sendiri. tapi jangan kau lupa ,yang dibelakangmu itu adalah aku, yang pernah memimpinmu. maralah terus ke hadapan. aku cuma mahu melihat lakaran kejayaan kamu
9 november 2005
Raye
(awas ini bahasa slanga)
tiap2 tahun raya. apa itu raya. ada paedah ker. makan dan makan boleh hati jadi buta tau. kalau gitu hari raya jgn makan. makan bila lapar. tapi kalau tak makan org kata tak sudi pulak kan ker susah. jadi kenalah makan. raya2 elok ziarah kawan2 boleh juga pahala. kalau kat rumah sendiri pangilla kawan2. bagi org makan. eh makan lagi. tapi boleh dapat pahala juga. pahala ini kumpul2 eh banyak paedahnya. kalau ingat nak zikir tu lagi baik. boleh pahala lagi. eh banyak tu. hati jangan busuk, pahala gak tu. pahala yg dikumpul2 tu nak simpan di mana? nak simpan macamana? cara elektronik ker cara magnetik ker cara elektromagnetik. nak check macam mana? pahala ni ada bar coding tak? boleh scan ngan infra-red laser. eh teknologi tu korang dah ada ker. senang skit nak semak jumlah pahala. esok lusa boleh kumpul pahala lagi. aku nak, korang tak nak ker. mehla kumpul pahala. esok2 nanti mudah nak bayar kat pintu utama.
8 november 2005


