Lebai malang
letih berlari aku berjalan. selang seli dengan berlari kalau lelah dah hilang. lewat aku hari ni. ada test pulak tu. apa pulak kata sensei nanti. sensei yang ini memang baik dan lemah lembut tapi jangan nak buat main-main, kerja tetap kerja. lewat 20 minit aku tu tak boleh nak ditebus lagi. rugi 20 minit hari ini amat merugikan aku. test terakhir di sekolah perlulah aku tunjuk sikap yang jadi teladan nanti. lemah rasa bila ingat-ingat 20 minit ni.
nak buat macam mana, foto untuk buku projek tertinggal pulak. dateline hari ini. bila tiba di stesen nombor 2 baru teringat. kenalah patah balik. sampai separuh jalan ke rumah, hujan lebat turun pulak. nasib baik isteri tunggu di separuh jalan dalam hujan lebat, di bawah bukit golan dengan cerun 40 darjah pada jarak 40 meter. aku sampai di eki semula dengan lencun. kasut bila dihenyak keluar buih. heh melampau betul lencun kali ni. buih dan buih di kasut memutih.
di kelas dengan test seperti lazim, aku jadi tak keruan dalam basah dan kaki yang mengecut. hampir semua ulangkaji jadi berselirat, sukar nak dirungkai atas kertas putih tu. idea pun tak ada bila nak tulis sakubun. jadi lebai malang hari ni tapi apalah falsafahnya peristiwa ini, gamaknya?
26 ogos 2005
welshan 1 chome ~ komagome 1 chome


