~~KiPaS NaNdOnG~~

bukan kipas menghapus kepanasan

Lebai malang

letih berlari aku berjalan. selang seli dengan berlari kalau lelah dah hilang. lewat aku hari ni. ada test pulak tu. apa pulak kata sensei nanti. sensei yang ini memang baik dan lemah lembut tapi jangan nak buat main-main, kerja tetap kerja. lewat 20 minit aku tu tak boleh nak ditebus lagi. rugi 20 minit hari ini amat merugikan aku. test terakhir di sekolah perlulah aku tunjuk sikap yang jadi teladan nanti. lemah rasa bila ingat-ingat 20 minit ni.

nak buat macam mana, foto untuk buku projek tertinggal pulak. dateline hari ini. bila tiba di stesen nombor 2 baru teringat. kenalah patah balik. sampai separuh jalan ke rumah, hujan lebat turun pulak. nasib baik isteri tunggu di separuh jalan dalam hujan lebat, di bawah bukit golan dengan cerun 40 darjah pada jarak 40 meter. aku sampai di eki semula dengan lencun. kasut bila dihenyak keluar buih. heh melampau betul lencun kali ni. buih dan buih di kasut memutih.

di kelas dengan test seperti lazim, aku jadi tak keruan dalam basah dan kaki yang mengecut. hampir semua ulangkaji jadi berselirat, sukar nak dirungkai atas kertas putih tu. idea pun tak ada bila nak tulis sakubun. jadi lebai malang hari ni tapi apalah falsafahnya peristiwa ini, gamaknya?

26 ogos 2005
welshan 1 chome ~ komagome 1 chome

26 Ogos 2005 DIkirim oleh Gelembai | sutera kimono dan bilah katana | | No Comments Yet

Tak faham ke

25/8/2005
di sebuah bilik…..
janganlah nak layan kami macam budak-budak lagi….
tau tau
kami dah dewasa, tak sesuai nak layan kami macam tu cik bedah.
ya tau
lagi pun saya berkhidmat dah lama dah. dulu lagi, masa tu cik bedah pun berhingus lagi tau.
ya ya saya tau tu encik lepat. saya tau encik lepat dah tua dah. uban pun banyak dah nampaknya tu. oklah layanan kepada encik lepat akan kami pertingkatkan ke tahap 3 bawah sikit dari pegawai di sini. okay tak?
tak kan takat tu saja cik bedah
encik lepat beruntung layanan macam ini, orang lain pun tak akan dapat, jangan bimbang encik lepat. semua akan beres tau. tapi mesin cetak di sini tak dapatlah encik lepat gunakan macam encik lepat mahukan. ini punya mesin untuk pegawai di sini layanan kelas 2 ke atas. maap le ye.
eh tak kan tak boleh, apa ingat saya tak berduit ke apa ni? saya boleh bayarlah.
sabar encik lepat sabarlah. kita di sini ada undang-undang, sebagai orang dewasa saya harap encik lepat faham situasi ini dan lagi pun encik lepat sekarang kami dah bagi banyak dah ni. banyak sangat dah ni. elaun yang banyak tu pakailah dengan bijak ye. lagi pun banyak kedai mesin cetak kat luar tu. murah murah saja. tak habis duit elaun tu encik lepat.
ish awak ni macam kurang ajar
bukan encik lepat bukan macam tu, kan saya dah cakap tadi kami di sini ada peraturan, jadi kenalah ikut. kalau tak diikut apa yang nak diaturkan encik lepat. kan encik lepat mahukan layanan macam orang dewasa macam encik lepat nak, jadi kami tiada halanganlah.
grrrrr….srreeett duuuummmm

25 Ogos 2005 DIkirim oleh Gelembai | sutera kimono dan bilah katana | | 3 komen