Si tua
Si tua jepun tu walaupun kelihatannya bongkok-bongkok, dia masih kuat. Walau jalannya terhenjut-henjut dan tersenguk-senguk tapi masih larat. Dipandangnya ke depan, toleh kanan tidak, toleh kiri pun tidak. Jalannya tetap ke depan dengan troli mininya. Dipandangnya ke depan senyum tidak, sengih pun tidak. Larat ke si tua jepun nih. Mana anak? Cucu pun tak nampak. Kuat betul tapi entah, berapa umur dia. Barangkali 70 atau 80. si tua di jepun ni memang berumur panjang, kelihatannya amat gagah kalau nak dibanding dengan usianya. Kalau nak letak di sebelahnya si tua melayu rasanya jepun tua yg terbongkok-bongkok itu lagi kuat kederatnya. Si tua jepun itu tetap sabar nak ke tempat tujunya. Mungkin ke eki atau mungkin nak membeli rokok. Malas nak aku tanya, kot kalaulah dia faham tutur kata aku tu. Faham atau tidak telo aku entahlah. Barangkali faham kalau kuat lagi pendengarannya. Kesian pulak tengok, tengahari buta ni dia dok terpacak atas jalan lagi. Bergerak pun tidak. Entahlah. Penat mungkin atau mungkin juga semput-semput. Si tua melayu pulak kalau sakit-sakit macam tu alamatnya duduk di rumah sajalah. Malas katanya tapi sebenarnya tak larat. Kalau nak banding si tua jepun ni walaupun tak larat dia mahu keluar juga bersiar-siar. Ambil angin katanya. Bersiar-siar untuk sedikit senaman urat saraf, tokoknya. Jauh beza si tua jepun dan si tua melayu. Aku geleng-geleng saja sebab satu hari nanti aku juga akan jadi si tua melayu juga. Aku geleng-geleng lagi ketika kayuhan aku makin laju meninggalkan si tua jepun itu.
2.30 pm.. 07072005
Ono-machi, Chiba.
nota: eki – stesen keretapi
densha – keretapi
Tiada komen.


