~~KiPaS NaNdOnG~~

bukan kipas menghapus kepanasan

ais atau kori

waktu-waktu yg panas ini kalau dapatlah semangkuk ABC sangatlah seronok. ingat-ingat sewaktu di tanahair dulu, waktu begini ke warung ABC di tepi jalan bersama isteri dan anak, makan sambil berbual dan ketawa. di sini ada juga ABCnya tapi hanya ada sirap sajalah. mahu yang mana? perasa strawberi, vanilla, buah-buahan pilih sajalah. tak larat nak makan ABC di sini. jemu. tak ada rencamnya. akhir kami memiliki mesin sagat ais. murah sahaja di kaihin. masuklah benda yang berbagai. macam di malaysia dulu. jagung ada, kacang goreng ada, kacang merah ada, susu memanglah ada. sirap manis yang macam-macam warna merupakan perkara wajib. rasa lega. rasa kempunan hilang sekejap. esok-esok kami nak sagat lagi.

31 julai 2005
welsan, onomachi

31 Julai 2005 DIkirim oleh Gelembai | sutera kimono dan bilah katana | | No Comments Yet

Kala itu

awan lalu
ada air diperdu
setahun tak temu
rindu tambah candu

28 julai 2005

28 Julai 2005 DIkirim oleh Gelembai | puisi | | No Comments Yet

dapur kayu

tiup tuip masih tak nyala
ditiup lagi masih sama
tiup dan tiuplah
tak mungkin nyala
hanya belon cuma

28 Julai 2005 DIkirim oleh Gelembai | puisi | | No Comments Yet

Kelopak yang lima

kelopak yg lima
gugur berterbangan
disambut air bergenangan
dan reput di tanah

21 Julai 2005 DIkirim oleh Gelembai | puisi | | No Comments Yet

Apa namamu?

sambil mengangguk-angguk dia mengucapkan selamat datang. sambil mengangguk-angguk lagi dia mengucapkan terima kasih kerana memilih syarikatnya. kali ini dia mengangguk lagi bagi memperkatakan sesuatu supaya semua penumpang berasa selesa dan selamat sepanjang perjalanan. bahasa asing yang aku pelajari sedikit sebanyak membantu untuk memahami patah demi patah perkataan yang terpacul dari mulut kecilnya itu. dia masih mengangguk sambil meminta penumpang memaklumkan kepadanya jika mahukan apa-apa. cakap sajalah.  sepanjang perjalanan tidaklah menjemukan kalau sang peramugari bas itu berceloteh itu dan ini. sekali sekala matanya merenung kertas dihadapannya. acap juga dia tersekat-sekat, tersangkut-sangkut. mungkin baru masuk kerja sebulan dua kot, entah tak pulak aku mahu bertanya. takkala dia berdiri di hadapan pastinya mata-mata semua lelaki memang tertumpu kepadanya. kedengaran suara-suara nakal memuji kecomelannya. memang comel. malah kalau diminta menyanyi dia akan menyanyi termasuklah lagu doraemon. sehabis mungkin dia melayan kami. tak jemu-jemu. haaaa terdengar lagi suara nakal ajaknya berkahwin. maklumlah orangnya cantik molek. suara pun lunak. senyum pun menawan. hati mana tak tertawan. ada kawan senegara bergambar dengannya. barulah puas hati. sekurang-kurangnya ada kenangan. sesungguhnya perjalanan kali ini tidaklah sia-sia.

tokyo~fujisan
18 julai 2005

18 Julai 2005 DIkirim oleh Gelembai | sutera kimono dan bilah katana | | No Comments Yet

Indahnya musim panas

musim panas di sini dikatakan tak sama dengan tanah england. di sini panasnya lain sekali. panasnya berkuap dan melekit-lekit. jadi mudah menyebabkan rasa rimas. hati pun cepat naik panas. yang nak diceritakan ialah tentang pakaian orang-orang di sini. si lelaki macam biasa hari-harilah, mandom sepanjang masa warna pakaian mereka. masam pulak tu pada sesetengahnya. tak basuh beberapa hari mungkin. malas atau tak ada masa mungkin juga faktornya. tapi lelaki tetap lelaki banyak alasan boleh diberi macam aku lah juga. kalau nak buat, bersungguh buat. kalau angin malas dah sampai alamatnya tahun depan pun belum tentu buat. lain pulak dengan perempuan. lain pe`el dia. rajin yang amat walaupun yang pemalas macam jantan ini ramai juga. eh! cerita pakaian sekarang ni aku melalut ke tempat lain. masa musim inilah kalau nak tengok pemakaian perempuan-perempuan jepun. lain dari waktu yang lain. musim ini tengok perempuan jepun ni ada dua jenis pemakaian mereka. ada yang dua lapis dan ada yang selapis. walau berapa lapis sekali pun tetap nipis juga pada pandangan aku. yang menariknya, kalau empunya tubuh tu semangat aja dadanya haaaa! selapislah yang dipakainya. tapi kalau-kalau rasa dada tu kempis semacam saja, apa lagi kenalah pakai dua lapis. mungkin yang selapis nak tunjuk kebanggaannya. seronok tunjuk-tunjuk ni barangkali. pertunjukan percuma siapa tak nak tengok. tak payah bayar apa-apa. dah jadi budaya di sini gamaknya. ada tunjuk, tak ada simpan elok-elok. barangkali satu kepuasan diri gamaknya bila tunjuk-tunjuk. nak buat macam mana lagi angin dari negeri atas angin dah sampai ke mari. rasa-rasanya lagi sepuluh tahun habis budaya timur di sini. semasa bulan 2 dan 3 hari tu ada juga tengok promosi untuk membesarkan dada. gamaknya hasil dari itulah mungkin kemudiannya dipertunjukkan kepada semua orang. malas aku nak buat penerangan tentang berapa besar dada perempuan-perempuan ni. tak ada kerja lainlah aku kalau buat cerita mendalam tentang itu. tapi fenomena ini memang menarik kalau dibuat pemerhatian. si kempis pulak memang malu-malu dan kelihatan malu. yalah apa nak ditunjuk, benda tak ada, kalau ada bolehlah ditunjuk-tunjuk. secara percuma, untuk sajian mata-mata yang ada dalam densha. mata jantan mana tak mau tengok. tengok jangan tak tengok. tak tengok rugi. eh bukan susah nak buat dosa. semudah ABC. jantan-jantan jepun pun pemalu macam perempuan-perempuan mereka juga, bukannya nak tengok tapi sebenarnya dah tengok. tengok pun ala-ala seimbas gitu. malulah katakan. tak tengok rugi katanya. bilalah lagi nak tengok. bukan ramai berdada mengkal di sini. kalau dulu nak tengok lagi susah. kena bayar. sekarang tak perlu lagi. walaupun tak acap tetap percuma. alah tengok imbas-imbas pun tengok juga, bukan tak tengok langsung. tua ke muda ke, eh! sesamalah kita tengok. org sini mana mana ada ugama sangat. tapi nak tatap betul-betul tu bukanlah budaya di sini. tengok imbas-imbas, jeling-jeling, paling-paling pun kira jadilah. ada juga hiburannya. ada juga keseronokkannya.

2.20 pm 08072005
keiyo-sen
tokyo~ichikawaono

8 Julai 2005 DIkirim oleh Gelembai | sutera kimono dan bilah katana | | No Comments Yet

Si tua

Si tua jepun tu walaupun kelihatannya bongkok-bongkok, dia masih kuat. Walau jalannya terhenjut-henjut dan tersenguk-senguk tapi masih larat. Dipandangnya ke depan, toleh kanan tidak, toleh kiri pun tidak. Jalannya tetap ke depan dengan troli mininya.  Dipandangnya ke depan senyum tidak, sengih pun tidak.  Larat ke si tua jepun nih. Mana anak? Cucu pun tak nampak. Kuat betul tapi entah, berapa umur dia. Barangkali 70 atau 80. si tua di jepun ni memang berumur panjang, kelihatannya amat gagah kalau nak dibanding dengan usianya. Kalau nak letak di sebelahnya si tua melayu rasanya jepun tua yg terbongkok-bongkok itu lagi kuat kederatnya. Si tua jepun itu tetap sabar nak ke tempat tujunya. Mungkin ke eki atau mungkin nak membeli rokok. Malas nak aku tanya, kot kalaulah dia faham tutur kata aku tu. Faham atau tidak telo aku entahlah. Barangkali faham kalau kuat lagi pendengarannya. Kesian pulak tengok, tengahari buta ni dia dok terpacak atas jalan lagi. Bergerak pun tidak. Entahlah. Penat mungkin atau mungkin juga semput-semput. Si tua melayu pulak kalau sakit-sakit macam tu alamatnya duduk di rumah sajalah. Malas katanya tapi sebenarnya tak larat. Kalau nak banding si tua jepun ni walaupun tak larat dia mahu keluar juga bersiar-siar. Ambil angin katanya. Bersiar-siar untuk sedikit senaman urat saraf, tokoknya. Jauh beza si tua jepun dan si tua melayu. Aku geleng-geleng saja sebab satu hari nanti aku juga akan jadi si tua melayu juga. Aku geleng-geleng lagi ketika kayuhan aku makin laju meninggalkan si tua jepun itu.

2.30 pm.. 07072005
Ono-machi, Chiba.

nota: eki – stesen keretapi

densha – keretapi

7 Julai 2005 DIkirim oleh Gelembai | sutera kimono dan bilah katana | | No Comments Yet